Resepi Viral Puding Tembikai Sukat Cawan

Kredit resepi mas cotek

BAHAN A

  • 1 paket serbuk agar² (10gm)
  • 4 cwn air

BAHAN B (diblend)

  • 3 keping roti putih gardenia
  • 1 biji telur
  • 1/4 cwn gula
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 2 sdb mentega/margerin
  • 1 tin susu cair
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1/2 sdt perisa rose golden lion + 1/2 sdt bright red
  • 1/2 sdt pewarna hijau tua + 1 sdt pewarna hijau apple star brand
  • **takut lupa warna apa opah guna,taip siap2 kt sini

BAHAN LAIN (biji² tembikai)

  • cincau
  • bijan hitam
  • selasih
  • coklat chip
  • coklat rice
  • terpulang nak masukkan ye

Cara Buat Puding Tembikai Viral:

  1. masak bahan A sehingga larut
  2. perlahankan api
  3. masukkan pula bahan blend dan kacau sebati
  4. dengan menggunakan api perlahan masak sehingga adunan mendidih/naik wap
  5. tutup api

**utk loyang 8×8

  1. ambil 1 cwn adunan puding diwarnakan hijau
  2. tuang ke dalam loyang/sejukkan
  3. cakar dgn garpu permukaan puding
  4. ambik 3/4 cwn adunan puding iaitu warna asal tuang ke atas lapisan hijau sejukkan
  5. cakar juga permukaan puding
  6. adunan selebihnya diwarnakan merah masukkan cincau atau bijan hitam (terpulang)
  7. tuang merah ke atas lapisan asal kemudian sejukkan
  8. siap/sedia dihidangkan

utk loyang segi 3 ( #LoyangSegi3 ni ada jual di bakery)

  • tuang merah, warna asal dan akhir sekali hijau, ikut langkah2 yang sama

Cuba Masak Resepi Kuih Seri Muka Pulak

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment