Sejak anak kena ekzema masa bayi dulu, banyak yang saya belajar terutamanya perlu makan makanan rendah histamin serta bebas dari sebarang unsur gluten seperti roti putih di pasaran.

Kenapa penting makanan bebas gluten ni? Sebab kita taknak bebankan usus dengan makanan yang kurang berkhasiat.
Gluten biasanya wujud pada tepung gandum, barli, rye.
Dan bahan tu biasanya kita guna untuk masak pizza, roti, pasta, cereal, kuih muih, biskut, burger, pretzel.
Boleh dikatakan hampir semua makanan yang kita suka tu ada kandungan gluten.

Kenapa Perlu Elak Gluten?
Sebab gluten ni merosakkan usus korang.
Makanan yang ada gluten ni akan meningkatkan radang di dalam badan.
Contohnya, kulit yang ada ekzema akan lambat sembuh. Malah mungkin jadi lebih teruk.
Contoh lain, gluten akan menyebabkan masalah penghadaman yang tak lancar.
Selain tu, antara kesannya adalah perut kembung, sembelit, anemia, anxiety, murung, masalah kulit, dll.
Jadi, siapa yang ada masalah kulit, ekzema, emosi, gerd, anxiety, autoimun.
Korang memang kena elak makanan bergluten supaya tak rosakkan usus. Baik dalam masa singkat mahupun masa panjang.
Sebenarnya yang tiada masalah tersenarai kat atas pun, korang dah kena start berhenti ambil makanan bergluten.
Sebab lambat laun, menu bergluten yang kalian makan tetap akan bagi kesan yang tidak sihat pada badan dan masalah yang sama akan hinggap kat korang pula.
Kebaikan Makanan Bebas Gluten?
Tau tak sebenarnya makanan Gluten Free bantu untuk turunkan berat badan? Hehe.
Tapi, dengan syarat bahan dalam resepi ada yang perlu diubah iaitu jenis gula.
Jangan sesekali letak gula putih. Gula putih ni racun dalam selimut. Sedap tapi nanti badan tak sihat.
Malah gula putih ni menyebabkan kita rasa ketagih. Nak makan lagi dan lagi.
Kenyang lambat, malah tiada nutrisi. Serapan gula dalam darah pun laju je.
Biasanya resepi gluten free ni akan guna antaranya gula seperti:
- Gula tebu organik(tak boleh banyak walaupun kadar serapan gula dalam darah tak selaju gula putih)
- Gula Kelapa (yang ni bagus sebab anti inflamasi)
Siapa cakap bila kita makan gluten free recipe, tak sedap??
Tau tak resepi gluten free ni sedap gila! Cuma kita kena pandai olah resepi dan tahu nak guna bahan apa.
Roti Gluten Free Rasa Sedap Malah Kenyang Lama
Dalam artikel ni saya nak kongsi dengan korang resepi Roti Gluten Free sedap gila, kenyang lama!
Aali suka sangat-sangat makan roti. Tapi, kitorang selalu tak bagi kalau Aali nak makan roti yang dijual di pasaran.
Sebab roti tu akan buat ekzema dia makin teruk. Kadang akan naik radang satu badan.
Sedih dalam masa yang sama kesian kat anak sendiri.
Disebabkan Aali suka makan roti, gigihla saya cari resepi Gluten Free Bread kat blog luar negara.
Kat Malaysia tak ramai share resepi sihat.
Tiga kali cuba buat resepi berbeza. Alhamdulillah, kali ketiga menjadi resepinya!
Dya ni jenis tak suka buat kuih muih sebab frust bila tak jadi. Haha!
Tapi, demi anak, gagahkan diri buat dan cari resepi yang berkhasiat untuk dia.

Roti gluten free tak sama macam roti putih biasa.
Roti GF tekstur dia lebih padat. Malah akan buat korang rasa kenyang lebih lama.
Kalau roti putih, makan dua keping pun tak cukup.
Bertambah makan dalam masa yang sama gula dalam darah pun naik sekali termasuklah berat badan. Hehe.
Roti GF yang Dya buat ni, makan 2 keping je dah cukup untuk kenyang.
Bila tengok muka happy Aali makan roti, terharu sangat.
Rasa sedih dan gembira bila anak boleh makan roti tanpa rasa bersalah, malah berkhasiat dan tidak memudaratkan dalaman badan dia.
Jom cuba Resepi Roti Gluten Free Sedap
Bahan-bahan:
- 420g tepung gluten free
- 2 1/4 tsp xanthan gum
- 2 1/2 tsp instant yeast (8g)
- 1/4 tsp cream of tartar
- 2 tbsp gula tebu organik
- 2 tsp garam pink himalaya
- 340g susu hangat
- 56g unsalted butter (yang cair dan lembut suhu bilik, bukan yang dipanaskan)
- 2 biji telur | bahagian putih sahaja
- 1 tsp acv (cuka epal bragg)
- everything bagel seasoning (untuk tabur hias | optional)
Cara Buat:
- Gaul rata tepung gf, xanthan gum, yis, cream of tartar, gula. Dya guna mixer philips.
- Kemudian masukkan garam, gaul rata.
- Masukkan pula susu yang dipanaskan sekejap. Suhu tak terlampau panas. Suam-suam je.
- Kemudian letak sekali butter, cuka epal, telur putih.
- Gaul rata guna mesin mixer
- Mix dalam 3 minit. Doh akan jadi pekat melekat dan lembut
- Masukkan doh ke dalam bekas loyang roti. Pastikan sapu dahulu butter di sekeliling loyang, baru masukkan doh
- Ratakan
- Tutup doh dengan plastik wrap lutsinar atau kain lembab bersih. Biarkan doh mengembang 150% dari saiz asal. Dya buat 20 minit dah kembang. Kalau nak lagi naik, biarkan dalam 45 minit macamtu. Ikut korangla nak roti tu tinggi hat mana.
- Dya letak loyang doh tu atas oven yang kita dah panaskan awal. Sebab doh lebih mudah naik bila suhu suam2. Bukan letak dalam oven tau. Hehe.
- Bila dah naik cantik, alihkan plastik wrap tu kemudian gariskan memanjang pada doh guna pisau tajam, lebih kurang 1/4 inci kedalaman. Gariskan sekali je.
- Sapu unsalted butter atas doh dan taburkan everything bagel seasoning kalau ada
- Bakar 180° selama 45-60 minit bergantung pada oven korangla. Macam Dya 45 minit dah masak cantik.
- Dah siap boleh keluarkan dari oven, biarkan sejuk baru keluarkan dari loyang
- Last sekali, boleh dah potong satu persatu bila nak makan roti
Alhamdulillah, Aali suka sangat roti ni. Dia akan makan dengan unsalted butter dan orcs (organic cane sugar)
Cara penyimpanan roti ni Dya letak je kat dapur dan pastikan roti tu bertutup. Karang takut monyet ngan kucing kokak rotinya. Haha!
Masa nak makan baru kita potong satu persatu.
Biasanya keesokan hari, roti macam sedikit padat. Jadi, korang bakar sekejap atas pan, nanti roti akan jadi lembut.
Letak butter & sugar sedap gila!
Nak makan banyak pun tak rasa bersalah kat perut dah.
Paling penting, makan 2 keping je pun dah kenyang.
CARIAN BERKAITAN:
- Gluten free roti malaysia
- Recipe gluten free bread
- roti gluten free