Macamni Caranya Buat Sagu Gula Melaka Tak Bergumpal Dan Sedap

Senang sebenarnya nak buat sagu gula melaka nampak cantik dan kembang elok, tak lembik macam bubur. Hehe.

Iklan
sagu gula melaka
sagu gula melaka

Kalau salah teknik, silap haribulan memang sagu korang jadi lembik, hancur dan bila makan akan bergumpal semua.

Tapi, yang Dya akan kongsikan ni, sagu takkan bergumpal masa makan.

Bila kita dah siram air susu atau santan, sagu tu akan terlerai sebijik sebijik.

Lepastu letak sikit air gula melaka dan ais. Fuhh, dia punya nikmat tu memang sedap!

Cara-cara Buat Sagu Gula Melaka Viral

sagu gula melaka recipe
sagu tak lembik, terlerai sebijik2

2 Cara Buat Sagu Tak Bergumpal

Bahan-bahan Sagu:

  • 1 peket sagu
  • setitik dua pewarna makanan
  • Air
  • Penapis

Cara Buat yang pertama:

  1. Didihkan air yang banyak dalam periuk, baru masukkan sagu. Jangan basuh sagu sebelum masak. Terus je masuk dalam periuk mendidih.
  2. Masak sehingga putih-putih mata dalam sagu tu hilang (sagu berwarna jernih).
  3. Jangan kacau terlalu kerap nanti sagu hancur.
  4. Terus angkat dan tapis air sagu, bilas sagu tu, alirkan bawah air. Tapis.
  5. Kemudian asingkan sagu dalam mangkuk berbeza sebab kita nak buat warna berlainan
  6. Titikkan pewarna dalam sagu, Gaul rata dan biarkan dalam 10 minit macamtu.
  7. Dah siap! Sagu ni boleh simpan dalam peti ais. Lagi kental dan sedap!

Tips:

Kalau sagu masih keluar warna masa campur dengan susu, maksudnya warna belum resap habis kat sagu. Jadi, boleh masukkan sagu dalam peti ais dulu ataupun biar dulu sampai betul-betul meresap ataupun bilas sekejap.

Cara Buat yang ke-2:

  1. Didihkan air dalam periuk. Letak air banyak. Tunggu didih baru masukkan 1/2 peket sagu.
  2. Jangan basuh sagu sebelum masak.
  3. Titikkan 2 penutup pewarna makanan ke dalam periuk. Gaul rata.
  4. Biarkan sehingga biji putih sagu tu hilang
  5. Bila air pekat, gaul sikit tepi-tepi periuk untuk elak sagu melekat kat periuk
  6. Bila dah takda biji putih, angkat dan tapis
  7. Basuh sagu bawah air mengalir untuk buang kanji pada sagu
  8. Tapis dan boleh letak simpan dalam bekas.

Kemudian barulah kita campurkan dengan susu atau santan dan air gula melaka.

Dya suka buat cara kedua tu. Sebab takpayah susah nak tunggu pewarna meresap. Dan warna sagu pun tak luntur.

sagu
rupa sagu yang belum masak sepenuhnya. Masih ada biji putih di dalam
Bilas sagu bawah air mengalir utk buang kanji
rebus sagu
macam telur katak pulak rasa. Huhu

Bahan-bahan Air Gula Melaka:

  • Gula kabung
  • Air
  • Gula pasir
  • Daun pandan

Cara Buat Gula Melaka:

  1. Panaskan air di dalam periuk, masukkan gula kabung dan gula pasir secukup rasa.
  2. Masak sehingga air gula pekat
  3. Jangan lupa masukkan daun pandan untuk bau lebih wangi
  4. Dah masak pekat boleh angkat dan sejukkan

Untuk resepi ni, Dya lebih suka campur susu segar, tak guna santan sebab anak allergy santan.

Jadi, kalau korang nak lagi rasa berlemak, boleh campur susu cair ataupun guna santan yang dimasak dengan daun pandan dan sedikit garam.

Letak sagu & ais, tuang susu, tuang gula melaka, minum waktu tengah panas merelit. Fuhh. Lega!

Yang penting, sagu tu bila campur susu, dia tak bergumpal, malah terlerai satu persatu. Sedap buat kunyah dalam mulut.

Jom cuba buat Kuih getas pulak

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi sagu gula melaka viral
  • teknik sagu tak bergumpal dan kembang elok
  • Resepi Sagu sedap
  • Cara buat sagu gula cantik

Print resepi kat bawah:

sagu gula melaka viral

Resepi Sagu Gula Melaka Viral

Teknik nak buat sagu gula melaka kembang elok, tak bergumpal ni senang sangat. Kena rebus guna air mendidih, basuh dan rendam kejap dengan pewarna
Prep Time 15 mins
Cook Time 15 mins
Total Time 30 mins
Course Dessert
Cuisine Mediterranean

Ingredients
  

Bahan SAGU:

  • 1 peket sagu
  • 1-2 titik pewarna makanan
  • Air untuk rebus sagu
  • Penapis

Bahan Air Gula Melaka

  • Gula kabung
  • Air
  • Gula Pasir
  • Daun pandan

Instructions
 

2 Cara Masak Sagu Yang Cantik:

    Cara pertama:

    • Didihkan air yang banyak dalam periuk, baru masukkan sagu. Jangan basuh sagu sebelum masak. Terus je masuk dalam periuk mendidih.
    • Masak sehingga putih-putih mata dalam sagu tu hilang (sagu berwarna jernih).
    • Jangan kacau terlalu kerap nanti sagu hancur.
    • Terus angkat dan tapis air sagu, bilas sagu tu, alirkan bawah air. Tapis.
    • Kemudian asingkan sagu dalam mangkuk berbeza sebab kita nak buat warna berlainan
    • Titikkan pewarna dalam sagu, Gaul rata dan biarkan dalam 10 minit macamtu.
    • Dah siap! Sagu ni boleh simpan dalam peti ais. Lagi kental dan sedap

    Cara Kedua:

    • Didihkan air dalam periuk. Letak air banyak. Tunggu didih baru masukkan 1/2 peket sagu.
    • Jangan basuh sagu sebelum masak.
    • Titikkan 2 penutup pewarna makanan ke dalam periuk. Gaul rata.Biarkan sehingga biji putih sagu tu hilang
    • Bila air pekat, gaul sikit tepi-tepi periuk untuk elak sagu melekat kat periuk
    • Bila dah takda biji putih, angkat dan tapis
    • Basuh sagu bawah air mengalir untuk buang kanji pada sagu
    • Tapis dan boleh letak simpan dalam bekas.

    Cara Masak Air Gula Melaka:

    • Panaskan air di dalam periuk, masukkan gula kabung dan gula pasir secukup rasa.
    • Masak sehingga air gula pekat
    • Jangan lupa masukkan daun pandan untuk bau lebih wangi
    • Dah masak pekat boleh angkat dan sejukkan

    Notes

    Tips:
    Kalau sagu masih keluar warna masa campur dengan susu, maksudnya warna belum resap habis kat sagu. Jadi, boleh masukkan sagu dalam peti ais dulu ataupun biar dulu sampai betul-betul meresap.
    Kemudian barulah kita campurkan dengan susu segar dan air gula melaka. Ataupun kalau nak rasa berlemak, ganti susu segar dengan susu cair.
    Keyword resepi sagu viral, sagu gula melaka sedap, sagu gula melaka tak bergumpal

    Komen Jika Resepi Ini Sedap

    comments

    Add Comment

    Recipe Rating