Resepi Sambal Ayam Penyet Paling Ringkas Dan Sedap

Sebut nasi ayam penyet je mesti dah terbayang ayam yang dah dipenyekkan, bersulam pula dengan nasi panas, ulam & sambal penyet. Peh, sedapnya. Kembang tekak dah ni. Haha.

Sebenarnya ada banyak versi sambal penyet yang dibuat. Dan “trademark” untuk nasi ayam penyet adalah sambal yang pedas gilerr. Kalau tak pedas tak cukup rasa lah kan?

Resepi Sambal Ayam Penyet Paling Ringkas Dan Sedap

Gambar oleh jennynovembria

Kalau dalam keluarga Dya, memang semua gila pedas. Antara sambal yang jadi rebutan seperti sambal hijau bilis, sambal totok, dan sambal penyet.

Rasa ketiga-tiga sambal ni memang lain. Sebab bahan tambahan yang digunakan berbeza.

Resepi Sambal Ayam Penyet Paling Ringkas Dan Sedap

Bahan-bahan:

  • 25 biji cili padi merah
  • 7 tangkai cili kering
  • 1 biji tomato
  • 1/2 sb belacan (dibakar)
  • 7 biji bawang merah
  • 1 biji limau sambal
  • Garam dan gula

Cara nak buat:

  1. Goreng bawang merah, cili kering, cili padi dan tomato dalam 30 saat anggaran  (tujuan untuk lembutkan bahan)
  2. Ankat kemudian tuang ke lesung batu
  3. Tumbuk hingga lumat
  4. Tambahkan sedikit gula & garam sebagai pelengkap rasa
  5. Hiris limau untuk diperah atas sambal
  6. Siap! Sambal ayam penyet sedap.

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • ayam penyet resepi
  • resepi ayam penyet asli
  • ayam penyet malaysia
  • ayam penyet menu
  • ayam penyet indonesia
  • resepi nasi ayam penyet

Nanti Baca Juga Trend Viral Kek Gulung Corak Batik Serupa Corak Kain.

 

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

MY SOCMED

dhiavivadea

Saya suka makan. Hari-hari saya makan. Makan tu sedap. Mana boleh tahan.
MY SOCMED

Add Comment