Resepi Sambal Belacan Buah Kuini Sedap Terangkat

Bahan-Bahan Sambal Belacan Kuini

  • 1 biji buah kuini masak
  • Garam dan gula secukupnya
  • 10 tangkai cili padi | ikut citarasa
  • Belacan sikit

Cara Buat Sambal Belacan Buah Kuini Terangkat:

  1. Kupas kulit buah kuini, kemudian potong masukkan dalam lesung batu
  2. Masukkan cili dan sedikit belacan, tumbuk sampai lumat
  3. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa

Resepi sambal belacan kuini ni memang dah cukup masam.

Jadi, tak perlu perah jus buah limau kasturi dah. Karang terlebih masam pulak. Hehe.

Cuma, tinggal balancekan rasa belacan, garam dan gula je.

Tips kurangkan pedas:

Cili digoreng dahulu, ataupun lebihkan gula dalam sambal.

Dah, jomlah kita cicah sambal kuini makan dengan timun jepun sama nasi panas.

Confirm terangkat bau kat tangan tak hilang seminggu. Hahah!

Sebab bau kuini ni kuat jugak. Kat sebelah rumah mak Dya, ada pokok kuini.

Bau dia wangi sangat bila datang musim kuini tu. Bau kuat semerbak.

Cuba Juga Resepi Sambal Belacan Mangga Muda Kecur

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment