Resepi Sambal Belacan Simple Sedap

Slurrp. Kecur air liur bila terfikir rasa sedap sambal belacan cicah dengan lauk kampung.

Ada banyak stail nak buat sambal belacan.

Sambal Belacan Simple

Sambal Letak Belacan Simple Tapi Sedap!

Kalau nak jenis sambal belacan simple, senang sangat.

Bahan yang kita guna pun ringkas je.

Bahan-Bahan Sambal Belacan Simple Tapi Sedap:

  • 1 biji Bawang | potong 6
  • 10 tangkai cili padi
  • Belacan secukupnya
  • Garam dan gula

Cara Buat Sambal Belacan Mudah:

  1. Masukkan bawang, cili dan belacan ke dalam lesung.
  2. Tumbuk hingga lumat
  3. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa

Tips: Sambal belacan simple ni dibuat mentah je. Kalau nak kurangkan pedas dan pijar cili, tambah gula ataupun, cili tu digoreng terlebih dahulu

Nak lagi power, perah sikit limau kasturi kat dalam sambal belacan. Padu gila rasa sambal nanti.

Kemudian cicah pulak dengan nasi panas dan ikan goreng. Fuhh! Kecur air liur

Cuba Juga Resepi Kuih Nagasari Pisang

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment