Resepi Sambal Belacan Tanpa Bawang Meletop Menyengat Rasa

Resepi sambal belacan ni simpan dalam peti ais memang tahan lama.

Tapi rasanya kalau simpan peti ais pun sekejap je dah habis ni. Memang tak tahan sebab habis dingapp. Hehe.

Asalkan sambalnya cukup rasa pedas, masam dan manis dia. Fuhh. Memang feveret sangat ni!

Makan tiap hari pun tadahal.

Bahan Sambal Belacan Meletop Menyengat

  • 5 cili besar
  • 20 cili api | ikut citarasa
  • 3 biji limau dengan kulit
  • Jus limau dari 10 biji limau
  • 5 sb Belacan
  • 3 sb cuka
  • Garam
  • Gula

Cara Buat Sambal Belacan Menyengat:

  1. Masukkan semua bahan dalam pengisar
  2. Kisar sekejap sekejap je. Sebab nak bagi ada tekstur kasar sikit
  3. Dah siap kisar, boleh masuk bekas kedap & simpan dalam peti ais.

Jangan cakap nak diet kalau dah jumpa sambal belacan sedap macamni ok?

Macamana nak diet, kalau nasi bertambah berpinggan-pingan? Hahah!

Jom Cuba Resepi Sambal Belacan Viral

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment