Resepi Sambal Tradisi Kelantan Tanpa Belacan

Bahan-Bahan Resepi Sambal Tradisi Kelantan:

  • Segenggam cili padi | ikut tahap kepedasan korang
  • 15 bawang merah
  • 1/2 biji bawang holland
  • 25-30 biji limau kasturi
  • 1/4 cawan cuka (atau secukupnya)
  • 4-5 sudu gula
  • 3 sudu garam

Cara Buat Sambal Kelantan:

1.Goreng tanpa minyak kesemua bawang dan cili

2.Potong limau kasturi, kemudian dibuang bijinya

3. Kisar bahan goreng dengan cuka makan. Limau kalau rajin boleh hiris halus atau kisar sekali..

4. Masuk limau, gula & garam.

5. Masuk dalam botol, lebih sedap dimakan selepas peram 1-2 hari.

Sambal ni boleh tahan berbulan-bulan.

Sedap cicah dengan semua jenis makanan. Hihi.

Sambal kelantan tak menggunakan belacan dan tak guna air masa buat tu.

Ni apa yang Dya baru tau. Dya pulak bukan jenis suka makan belacan sangat.

Makanya, resepi ni sesuailah untuk jenis macam Dya nih. Haha!

Cuba Pulak Resepi Sambal belacan Tanpa Bawang

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment