Resepi Frozen Samosa Inti Ayam Rangup Dan Sedap

Bahan-Bahan Samosa Ayam Kentang:

  • 6-7 biji kentang ( di potong dadu )
  • 1 biji bawang besar ( di hiris )
  • 10 ulas bawang merah kcik ( di hiris )
  • 6 ulas bawang putih ( di hiris )
  • 2 keping ayam @ daging burger
  • 1 setengah ketul kiub pati ayam knor
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk lada hitam
  • Perasa pasti sedap

Cara Buat Samosa Inti Ayam Frozen:

  1. 3 jenis bawang td di goreng hingga garing | ketepikan
  2. Ayam pun sama
  3. Ketepikan sikit minyak yang untuk menggoreng tadi
  4. Letak marjerin
  5. Masukkan ubi kentang, ayam separuh, bawang besar (semua) & separuh bawang putih
  6. Kacau² sebati
  7. Masukkan air hingga kentang hampir tenggelam
  8. Bila air dah nak kering, masukkan kiub pati ayam, lada sulah, lada hitam dan perasa
  9. Masak hingga inti dah empok
  10. Masukkan hirisan daun sup, kacau sebati
  11. Sejukkan
  12. Masukkan baki bawang putih goreng, bwng merah kecik dan ayam tadi.. Inti akan rasa wangi

Tips: Nak inti lebih rasa pedas, lebihkan lada hitamnya ye

Saya guna kulit popia jenama pertama sebab rangupnya tahan lama

samosa ni saiz kulit 8.5″ X 8.5″

Balut guna kulit popia dan boleh terus susun dalam plastik untuk dibekukan.

Masa nak makan baru digoreng.

Kredit resepi noraslinda

Cuba Juga Resepi Kuih Koci Kelapa Lembut

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment