Saya mula suka ratah sotong goreng tepung sejak duk lepak makan kat satu kedai makan sekitar Pagoh. Rasa dia rangup & sedap!
Tapi tiap kali makan memang tak puas sebab cepat habis. Haha. Kuantiti satu pinggan biasa je dah kira RM10. Fuhh.
Resepi Sedap Dan Mudah Sotong Goreng Tepung Rangup
Disebabkan suka sangat meratah sotong goreng tepung yang rangup, sanggup tanya resepi rahsia dari mak sendiri.
Sebab ada satu hari tu, mama buatkan sotong goreng tepung rangup. Masa tu rasa pelik, macamana sotong tu boleh rangup? Bukanke kalau goreng jadi lembik? Hehe. Rupanya rahsia sotong goreng tepung jadi rangup terletak pada tepung tu hah.
Jadi nak buat senang je. Kalau korang rasa nak cuba resipi ni, trylah! Confirm sedap! Hehe.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Sotong (kuantiti ikut suka)
- Telur ayam (kacau rata)
- Perasa kiub ayam ataupun garam & pak aji
- Tepung gandum/tepung beras
- Sedikit kunyit serbuk
Cara masak pun cepat dan mudah. Lepasni nak makan sebalang besar pun boleh dah.
- Cuci bersih sotong dan potong jangan terlalu nipis atau terlalu tebal. Sedang-sedang saja
- Kacau rata telur ayam masukkan dalam mangkuk asing. Sebiji pun dah cukup
- Masukkan 2 sudu tepung gandum ataupun tepung beras dalam mangkuk lain. Kemudian campurkan bersama perasa kiub ayam ataupun garam & pak aji secukup rasa.
- Masukkan secubit dua serbuk kunyit. Takyah banyak sangat. Nanti tak sedap. Gaul rata. Tujuan letak kunyit ni untuk bagi sotong tu nampak kuning sikit.
- Panaskan minyak dalam kuali
- Celupkan sotong yang dah dipotong tadi ke dalam telur yang dah dikacau rata
- Kemudian, gaulkan pula dalam tepung yang dah diadun perasa tadi
- Goreng dalam kuali dan tunggu hingga warna kuning keemasan
- Angkat & siap dihidang
Tips: Untuk hilangkan lebihan minyak pada sotong selepas digoreng, letak tisu khas untuk serap minyak atas pinggan korang. Takpun toskan je dulu sekejap. Baru masukkan sotong goreng tepung rangup tu dalam pinggan.
Kalau dah try resepi ni, komenlah kat bawah okay? Sedapnya makan sotong goreng tepung rangup!
Baca Juga Lokasi Makan Lontong Johor Sekitar Pagoh
CARIAN BERKAITAN
- Sotong besar goreng tepung
- resepi sotong goreng tepung
- sotong goreng tepung azie
- sotong celup tepung terengganu
Aduhai…sefap nyer….
Thank you, saya dari Singapore.
.
welcome ^_^
Nice one. I cuba n memang rangup sotong ni
Kalau xde tepung beras pakai tepung gandum pun boleh ye
Boleh je.. 😁
meletop letop x bila goreng
Tak meletop ^_^