Fenomena menu shell out tak silap dhia bermula dari sebuah restoran bernama Shell Out. Ramailah berpusu nak tau cara masak shellout sedap kat rumah kan?
Untuk makluman, tak silap saya restoran tersebut dah pun patentkan nama shell out itu sendiri.
Sebabnya nama menu ni terlalu viral & menjadi sebutan masyarakat walau makan di tempat berlainan.
Owh, bab tu tak kisahlah. Tapi yang menjadi kisahnya. Macamana nak masak shell out sedap macam kat restoran kuala lumpur ni?

Entah-entah yang kita masak sendiri lagi sedap berbanding di kedai? Kan? Jimat tu takdala sangat.
Tapi boleh makan beramai-ramai bersama keluarga dan kawan dengan kos yang lebih rendah.
Sambil tu jom tengok Tips Masak Salmon Supaya Tak Hanyir
Cara Masak Shell Out Sedap Seperti di Restoran Kuala Lumpur
Sebenarnya takda lah susah mana pun nak masak shellout. Korang hanya perlu goreng makanan laut pilihan, lepastu tuang lah kuah yang korang nak. Haha.
Biasanya kuah yang biasa dituang samada kuah sambal, masak butter cair, ataupun kuah black pepper.
Tapi, sebelum tu nak goreng pun ada cara. Supaya hasil gorengan tu rasa rempah cukup rasa.
Bahan-bahan untuk goreng makanan laut seperti udang, sotong, ketam, ikan, dan lain-lain:

Bahan untuk goreng rangup makanan laut:
- 500gm ketam
- 500gm udang
- 3 Sb tepung gandum
- 2 Sb Serbuk lada putih MAKSITI
- 1 Sb Jintan manis MAKSITI
- 1 Biji Telur
- secubit garam
- Letak tepung, telur dalam dua bekas berasingan.
- Untuk tepung, campurkan serbuk lada putih MAKSITI, jintan manis MAKSITI, serta secubit garam. Gaul rata.
- Celupkan ketam & udang ke dalam mangkuk berisi telur yang dah dikacau terlebih dahulu.
- Kemudian, salut dengan tepung yang lengkap digaul bersama bahan lain.
- Pastikan anda goreng saat minyak sudahpun panas.
Bahan untuk sos lada hitam/black pepper:

BAHAN SOS BLACK PEPPER:
- 1 Sb Butter
- 1 Biji bawang merah (dikisar bersama air)
- 1 Sk Serbuk Lada Hitam Mak Siti
- 2 Sb Sos Cili
- 2 Sb Sos tiram
- 2 Sb Sos kicap
- Sedikit gula
- Sedikit air
- Tuangkan butter ke dalam kuali
- Tumis bawang merah, bawang putih serentak sehingga naik bau
- Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram, sos kicap dan gaul rata untuk seketika
- Letak sedikit serbuk lada hitam MAKSITI ke dalam masakan. Jangan banyak sangat nanti pahit
- Masukkan air ke dalam sos tadi & jika rasa ada kekurangan, boleh tambah sedikit gula sebagai penambah rasa
- Dah boleh tuang pada ketam & udang yang dah digoreng tadi
Bahan untuk sos butter krim:

BAHAN KUAH BUTTER KRIM:
- 1 Sb Butter
- 1 Biji bawang merah (cincang halus)
- 3 Helai daun kari
- 2 Biji bawang putih
- 5-8 Biji Cili padi
- 2 Cawan Susu sejat/ susu cair
- 1 Sb tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
- Secubit serbuk kunyit MAK SITI
- Masukkan butter ke dalam kuali
- Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan cili padi serentak sehingga naik bau
- Kemudian masukkan secubit serbuk kunyit MAKSITI
- Tuangkan susu sejat ke dalam masakan. Gaul rata.
- Untuk menambahkan kepekatan kuah, guna tepung jagung yang dah dilarut dengan air. Jangan terlalu banyak tepung, sebab nanti kuah akan jadi likat. Agak-agak sahaja.