Resepi Simple Dan Sedap Kentang Bakar Bersalut Cheese Meleleh

Dalam masakan melayu, biasanya saya akan guna kentang untuk menu seperti resepi ayam masak kari, ayam masak merah, sup sayur, dan lain-lain. Jarang sekali rasanya, tekak melayu macam kita ni nak buat resepi cara masak kentang bakar kan? Siap tambah cheese meleleh kat kentang. Siapa tak terliur? Hehe.

Menu kentang bakar bersalut cheese ni hasil inspirasi dari satu video masakan barat. Cuma perencah diolah mengikut selera tekak melayu lah.

Seperti biasa, mesti dan wajib ada serbuk rempah Mak Siti di dalamnya. Sebab rempah Mak Siti ni tiada langsung bahan pengawet dalam rempah.

Sebab lain saya suka guna rempah Mak Siti sebab rempah mereka sudah sedia pekat & hanya perlu guna sedikit sudah cukup untuk menyedapkan masakan.

Resepi Simple Dan Sedap Kentang Bakar Bersalut Cheese Meleleh

Cara memasak cukup simple & mudah untuk dibuat. Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat resepi kentang bakar bersama cheese ni adalah:

Resepi Simple Dan Sedap Kentang Bakar Bersalut Cheese Meleleh
Bahan untuk masak resepi kentang bakar bersama cheese

Bahan perapan kentang bakar bersama cheese:

  • 2 Biji kentang (dihiris sederhana nipis)
  • 1 Paket cheddar cheese
  • 1 Paket Keju (parmesan)
  • 1 Pekt keju (mozarella)
  • Secubit garam
  • 1 Salad
  • 1 Sb Serbuk Cili MAK SITI
  • 1 Sb Kari Daging MAK SITI
  • 1 Sk Serbuk lada hitam MAK SITI
  • 1 Sk Serbuk lada putih MAK SITI

Bahan Hiasan Kentang Bakar:

  • Sos Thousand Island
  • Sos Cili

Hiris kentang sederhana nipis (ikut suka)Cara masak kentang bakar bersama keju meleleh:

  1. Masukkan di celah hirisan kentang tu dengan hirisan ayam, keju(cheddar), serta salad
  2. Kemudian taburkan keju (parmesan) diselangkan dengan serbuk cili MAK SITI & serbuk kari daging maksiti
  3. Taburkan juga sedikit garam, lada putih serta lada hitam MAK SITI
  4. Kemudian tutup permukaan kentang dengan keju (mozarella)
  5. Bakar dalam oven selama 1 jam, suhu 180°
  6. Hias kentang dengan sos cili & sos thousand island kalau korang suka.
  7. Makanan kentang bakar cheese sedap dah boleh dihidang!

Dalam sibuk siapkan resepi kentang bakar berkeju ni, teringat pulak tentang menu resepi kentang mashed potato yang sedap gila berbanding kat KFC. Fuhh!

Nanti ada masa, korang perlu cuba resepi mashed potato pulak. Terangkat beb!

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment