Resepi Simple & Enak Cara Buat Bebola Kentang Berinti Keju

Dulu pernah buat resepi nugget homemade. Tapi entah mana gambarnya. Nanti saya akan letak resepi tu kat blog ni. Harini nak kongsikan resepi cara simple & enak buat bebola kentang berintikan keju.

Resepi ni mudah sangat disediakan & korang boleh buat dalam kuantiti yang agak banyak dengan hanya guna 5 biji kentang.

Resepi Simple & Enak Cara Buat Bebola Kentang Berinti Keju

Sekali sekala rasa tak tau nak buat apa dengan kentang bersepah kat rumah ni, kita masak lah dia jadi macam nugget bulat. Haha.

Resepi Simple & Enak Cara Buat Bebola Kentang Berinti Keju

Bahan-bahan yang diperlukan pun tak dalah renyah sangat pun. Ikut lah kreativiti sendiri nak sumbat apa kat dalam resepi korang.

Antara bahan-bahan untuk buat resepi bebola kentang inti keju:

BAHAN BEBOLA KENTANG KEJU:

  • 1 Sb Serbuk Cili MAK SITI
  • 1/2 Cawan tepung gandum
  • 1 Sb Serbuk lada hitam MAK SITI
  • 1 Paket cheese cheddar (potong dadu)
  • 80gm Cream cheese
  • 1 Mangkuk serbuk roti (breadcrumbs)
  • 1 Sb ketumbar MAK SITI (kisar halus)
  • 5 Biji kentang
  • 2 Biji telur
  • Secubit garam

Cara Penyediaan Buat Bebola Kentang Bersalut Keju Meleleh:

  1. Kupas kulit kentang kemudian rebus sehingga betul-betul empuk
  2. Masukkan kentang rebus tadi ke dalam mangkuk. Tos kan dahulu. Kemudian lenyek kentang sehingga lumat
  3. Masukkan bahan-bahan rempah seperti garam, serbuk ketumbar, serbuk cili MAK SITI, serbuk lada hitam MAK SITI. Gaul rata.
  4. Kemudian leperkan kentang menjadi bulat dan lapiskan dengan cream cheese sebelum letak kiub cheese cheddar yang dah dipotong dadu.
  5. Dah siap letak, tutup kentang dan jadikan bentuk bebola.
  6. Salutkan lapisan luar bebola kentang bersama tepung, telur yang dah dikacau rata, dan akhir sekali gaul dengan serbuk roti/breadcrumbs.
  7. Goreng bebola kentang dalam minyak panas, tos & hidang setelah bebola kentang lengkap dimasak.

Kalau takda idea nak masak sarapan pagi, korang boleh cuba buat Resepi Burger Homemade Telur Goyang Meleleh. Sedap weh!

Kat bawah ni ada video mudah dan simple cara nak masak bebola kentang inti keju:

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • resepi bebola kentang rangup
  • kentang goreng tepung
  • resepi bebola kentang cheese
  • resepi kentang simple
  • bebola kentang keju

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

MY SOCMED

dhiavivadea

Saya suka makan. Hari-hari saya makan. Makan tu sedap. Mana boleh tahan.
MY SOCMED

Add Comment