Biasanya korang makan lauk sup ayam dengan nasi sahaja ke? Atau wajib ada selingan lauk lain jugak? Hehe. Kalau Dya, tiap kali masak sup ayam memang akan letak sambal kicap sekali. Memang lidah orang Jawa Johor macamni agaknya.
Sebab suka cicah dengan sambal kicap. Mee siput cicah sambal kicap, ayam goreng cicah sambal kicap, pisang goreng cicah sambal kicap, eh banyak lagi lah. Haha.
Berbeza pulak denganbudaya cara makan orang jawa kawasan Kapar (mertua). Jarang-jarang saya nampak keluarga mertua makan cicah sambal kicap. Biasanya dengan sambal belacan, sambal merah biasa.
Kalau Dya, takda sambal kicap rasa tak lengkap. Bila masak lauk sup ayam, memang wajib ada sambal kicap sekali. Peh, rasa dia memang lengkap semuanya. Ada pedas, masin, manis.
Kat bawah ni lauk masa masak sup ayam haritu. Meriah dengan sayur, fishball & ayam. Yang penting brokoli. Sebab brokoli bagus untuk pelawasan. Lepas makan memang akan memerut lancar je. Hehe.
Cara nak masak pun senang gila. Sesuai untuk dimakan seramai 3-4 orang.
Resepi Sup Ayam Simple Cicah Sambal Kicap Sedap
Bahan-bahan masak sup ayam simple:
1 biji bawang besar (ditumbuk)
2 biji bawang putih (ditumbuk)
1 pek sup tulang (ada sup bunjut, bunga lawang, kayu manis, pegaga, cengkih)
1 Brokoli (saiz sederhana)
1 biji lobak merah (dipotong bulat )
10 biji fishball (dibelah dua)
1 biji tomato (dibelah 4)
Daun bawang (untuk harumkan masakan)
Ayam (kuantiti terpulang, dipotong kecil)
Garam dan ajinamoto secukup rasa
Cara masak sup ayam:
- Masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk
- Tumis bawang besar, bawang putih yang da siap tumbuk. Dan masukkan juga pek sup tulang. Gaul tumisan
- Masukkan air ke dalam tumisan. Kuantiti air ikut suka nak kuah banyak mana.
- Kemudian, masukkan pula ayam serta lobak ke dalam periuk. Biarkan ayam empuk.
- Barulah masukkan fishball, tomato, garam dan ajinamoto secukup rasa.
- Biarkan kuah mendidih kejap.
- Last sekali baru masukkan brokoli. Masuk sekejap je supaya tak terlebih masak. Ataupun masa nak hidang tu baru masukkan brokoli dalam sup biarkan dalam 30 saat dan angkat untuk dihidang.
Bahan Mudah Sambal Kicap Stail Johor:
10-15 batang cili hijau (ditumbuk halus)
1 biji bawang putih (ditumbuk halus)
Sedikit gula & kicap manis
Cara buat sambal kicap johor:
- Tumbuk cili & bawang putih hingga lumat.
- Kemudian masukkan gula ke dalam lesung tadi. Gaul rata dengan cili & bawang putih.
- Kemudian masukkan pula kicap ikut citarasa (agak-agak). Gaul rata dan hidang di dalam mangkuk kecil
Senang je kan buat sambal kicap? Korang nak guna untuk niaga pun boleh. Contoh nak jual mee siput ke. Buat sambal kicap resepi ni, sebab sedap gila!
Lepasni kita masak lauk asam pedas kembong pulak ok?
CARIAN BERKAITAN:
- sup ayam simple
- bahan sup ayam sedap
- cara masak sup ayam best