Assalamualaikum, selamat hari raya buat semua rakan taulan. Tak lupa juga kita bermaaf-maafan sesama kita. Raya kali ni meriah ke idak? Kalau meriah alhamdulillah.
Tapi, dalam kemeriahan kita menyambut lebaran ini tidak dilupa pada yang kurang kemampuan. Bersederhana lebih baik kan.
Ding Dong Ding Dong loceng dah berbunyi tanda nya apa? Tanda nya jangan seronok sangat menyumbat segala makanan dalam mulut tu. Tiba masanya untuk kembali pada jalan keredhaan. Haha kenapa perlu kembali?
Puasa haritu konfirm ramai yang hilang berkilo-kilo kan?! Siap sedondon kau berkebaya ewahh?
Sudahnya bila dah sebulan beraya al maklum la raya sebulan katanya bedebushhh butang baju aku mana pahh!!! Butang baju dah tertanggal haha takpun kain tertetass oppss..
Dah jom kembali ke pangkal jalan dengan resepi harini.
Resepi Sup Oat Pedas Berapi Bagus Untuk Kesihatan
Antara bahan- bahan yang diperlukan semestinya Oat lah. Sebab resepi pon dah nama Sup pedas berapi oat hehe seeloknya guna ‘Rolled Oat’ .
Kenapa ‘Rolled Oat’ sebab rolled oat adalah oat yang kurang diproses yang tidak melalui pemprosesan yang boleh mengakibatkan kehilangan nutrien serat dalam oat tu.
Kalau guna yang oat biasa tu tak boleh ker? Tak bagus ker? bukan tak bagus ‘instant oat’ tu cuma kurang la nutrien nyer. Perlu kita ingat nutrien yg baik untuk hasilkan tubuh badan yang baik. Paham ke sangat paham??
Ini contoh Rolled oat yg eyqa guna. Ada jual kat hypermarket diserata malaysia.
Gambar ehsan pakcik google gambar sendiri dah buang plastik nya.
Bahan-bahan Sup Oat Pedas Berapi :
Bahan A (untuk tumis)
- 1-2 biji bawang merah kecil
- 2-3 ulas bawang putih
- seinci halia
- 1-2 biji cili api/cili merah
- 1-2 sudu kecil minyak zaitun/canola
Semua bahan tumisan perlu lah ditumbuk atau diracik halus atau dikisar sonang cito. Kalau nak lagi podeh tambah lagi cili.
Bahan B
- Segengam dada ayam dipotong kecil-kecil
- 3 sudu besar
- 1 biji telur ayam
- 1/4 cawan brokoli
- 1/4 cawan kobis bunga
- 1/2 biji lobak merah
- 1/4 cendawan kelabu (cendawan tiram)
- 2-3 cawan air
Bahan C
- Garam
- Lada sulah
- Lada Hitam/Cayanne
*untuk sayur-sayuran tu boleh tambah ikut kesukaan anda tapi jangan lebih dari semangkuk okeh!
Ingat! makanan sihat pun kalau ambil berlebihan pun tak boleh. Kena pandai kawtim.
Seterusnya jom kita ke cara masak memasaknya:
- Panaskan kuali, letak 1-2 sudu kecil minyak sayuran ( nak healthy kan, eyqa guna minyak carotino) betul ke tak eja nya?
- Masukkan bahan tumisan dan kacau sehingga naik bau. Lepas dah baik bau arona bawang2 dan halia tu masukkan dada ayam yang dah dipotong kecil-kecil. Biar ayam tu masak separuh then boleh la letak air, anggaran dalam 2-3 cawan ekot suka nak kuah banyak letak banyak.
- Sekarang boleh la masukkan Rolled Oat kita, masukkan dan biarkan sampai mendidih sebab oat ni perlu dimasak lama sikit sebab dia bukan yang segera tu letak ayor panas pon leh kombang.
- Bila dah agak-agak oat dah lembut masukkan sayur-sayuran.
- Dalam 4-5minit macamtu boleh la masukkan bahan terakhir kita iaitu telur sebijik.
- Dah tutup api boleh la perasakan dengan secubit garam, lada sulah, serbuk cayenne atau serbuk lada hitam.
- Dah tutup api boleh la perasakan dengan secubit garam, lada sulah, serbuk lada hitam/serbuk Cayenne
*Jangan masak lama sangat yer kita nak rasa krup krap krup krap sayur tu bila makan.
Makan ni konfem korang tersandor kekenyangan serius tak tipu!!!
Tadaaa! Dah siap dah pun sup pedas berapi oat kita!!! Tengoklah rupa nya. Memikat jiwa yang memandang.
Jangan lupa mencuba dan semestinya lebih kenyang. Hidangan ini sesuai untuk 1-2 orang makan sebab eyqa kalau masak ni boleh makan 2x lunch+dinner. Omputih sangat kan? Kekeke.
Ok sehingga berjumpa lagi untuk menu sihat seterusnya!!! Selamat mencuba.