Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
telur bungkus sedap

Resepi Telur bungkus Sedap


5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star

No reviews

  • Total Time: 30 minutes
  • Yield: 2 orang 1x

Description

Senang sangat nak buat resepi telur bungkus ni. Isi dalam tu kena ada sayur campur dan ayam. Hasilnya memang lebih menyelerakan berbanding kedai makan


Ingredients

Scale

Bahan-bahannya:

  • 3 biji telur (| kacau rata)
  • 1 genggam sayur campur (| carrot,kacang peas, jagung)
  • 2 biji bawang putih (| cincang halus)
  • 1 biji bawang merah saiz kecil (| potong dadu kecik)
  • 1 batang cili merah (| dihiris untuk hiasan)
  • 1/2 biji tomato (| potong dadu kecil)
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb sos cili
  • sedikit ayam bahagian daging (| cincang halus)
  • sedikit daun bawang daun sup (| potong2)
  • sedikit black pepper
  • sedikit air

Instructions

Cara Masak Telur Bungkus:

  1. Panaskan 1 sb minyak dalam kuali guna api kecil
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
  3. Masukkan ayam dan gaul hingga ayam masak
  4. Kemudian masukkan sayur campur, daun sup, daun bawang, sos tiram, sos cili, black pepper, tomato. Gaul rata
  5. Sekiranya nak inti berkuah tambahkan sedikit air. masak hingga kuahnya pekat sedikit
  6. Kemudian perasakan dengan garam jika rasa kurang. Ataupun tambah sos tiram, sos cili. Adjust ikut rasa masing-masing.
  7. Angkat dan asingkan dulu
  8. Bersihkan kuali, letak sedikit minyak dan gerakkan kuali tu ke kiri dan kanan supaya minyak rata ke seluruh bahagian kuali . Ataupun boleh guna tisu dapur khas. Celup minyak sikit dan sapu ke seluruh kawasan kuali.
  9. Pastikan api gas kecil
  10. Kemudian masukkan telur yang dah dipukul rata awal tadi
  11. Gerakkan kuali ke kiri, kanan atas bawah supaya saiz telur cukup besar dan mudah untuk dilipat nanti
  12. Bila telur dah separa masak, letak inti sayur ayam tadi ke bahagian tengah telur dan ratakan
  13. Lipat telur, tutup keseluruhan inti
  14. Biar telur dah masak, warna coklat sikit, boleh angkat perlahan masuk ke dalam pinggan.
  15. Siap!
  • Prep Time: 15 minutes
  • Cook Time: 15 minutes
  • Category: Main Course
  • Cuisine: Mediterranean