Resepi Tosai Tepung Beras Pilihan Sihat

Harini rasa macam nak makan tosai gluten free pulak. Pagi ke petang ke rasa macam tak lengkap kalau tak ada kudap-kudapan.

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
tosai gluten free

Resepi Tosai Tepung Beras


  • Author: Suri Shikin
  • Total Time: 27 minute
  • Diet: Gluten Free

Ingredients

Scale

Bahan-bahan:

  • 150g @ 1 cawan tepung beras
  • 600ml @ 2 1/2 cawan air
  • 1 bawang merah dipotong dadu
  • 1 tsp himsalt
  • 2 tbsp lobak dipotong halus
  • 1 tbsp cili hijau dipotong halus
  • 1 tbsp capsicum hijau dipotong halus
  • 1 tsp halia dipotong halus
  • 1 tbsp daun ketumbar dipotong halus
  • 1 tbsp daun kari dipotong halus
  • 1/2 tsp serbuk jintan manis
  • 1/4 tsp serbuk lada putih
  • 1/2 tsp serbuk chili flake
  • minyak ghee


Instructions

Cara-cara buat tosai:

  1. Blendkan tepung beras dan air selama 30 saat
  2. Masukkan semua bahan-bahan lain. Gaul kan semua.
  3. Adunan tadi akan cair seperti air.
  4. Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan ghee sedikit.
  5. Apabila kuali dah cukup panas, masukkan sesenduk adunan tosei 
  6. Letakkan sedikit ghee di permukaan atas adunan yang dimasak
  7. Tutup kuali dan masak selama seminit
  8. Buka penutup kuali, biarkan adunan bertukar kepada warna keperangan
  9. Terbalikkan tosai dengan berhati-hati. Biarkan seketika untuk masak permukaan satu lagi.
  10. Tosai siap untuk diangkat dan dihidang.
  • Prep Time: 10 Minit
  • Cook Time: 20 Minit
  • Category: Kuih Muih
  • Cuisine: Malaysia

Keywords: jenis tosai, resepi tosai malaysia

resepi tosai gluten free

Kudapan Waktu Petang

Kadang-kadang teringin makan cucur, lempeng cicah dengan gula, tak pun dengan sambal bilis.

Dapat goreng pisang panas-panas pun sedap.

Kali ni nak try buat tosai yang gluten free.

Asas untuk adunan dia hanya guna tepung beras je.

Tapi, kalau kat kedai-kedai atau supermarket, kena tengok betul-betul tepung beras yang dijual.

Jenis Tepung Beras

Dekat pasaran, ada dua jenis tepung beras. 

  1. Tepung beras
  2. Tepung beras campuran

Nak buat tosai yang gluten free, pastikan tepung yang kita gunakan tu dalam kategori pertama iaitu tepung beras tanpa sebarang campuran.

Sedapnya hujan-hujan ni makan tosai. Nak pulak makan dengan kari. Dengan permukaan tosai yang rangup, bila dah gigit tu bercampur-campur pulak dengan kelembutan tosai tu sendiri. Nyummm…

Resepi Tosai Gluten Free?

Kenapa ikin pilih untuk bebas gluten?

Sebab untuk penjagaan usus kita, bagus untuk sistem penghadaman dan orang yang ada ekzema juga boleh cuba resepi ni.

Cuba Juga: Keropok Lekor Homemade

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi tosai simple
  • Mudahnya masak tosai
  • Kebaikan makanan gluten free

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star