Resepi Viral Donut Gebu Lembut Tanpa Telur

Ni first time Dya cuba buat resepi donut gebu viral tanpa guna telur langsung.

donut viral gebu lembut
donut gemok gebu lembut untuk stok frozen

Alhamdulillah, nasib baik menjadik lepas follow resepi kat FB.

Tapi, sebelum tu nak bagitau. Dya dah pakai sampai 3 jenis tepung berbeza tau.

Tepung Yang Best Untuk Resepi Viral Donut Gebu Lembut

Jenis tepung akan menentukan donut kita tu gebu lembut ataupun tak.

Tapi Dya tak tau kalau korang guna tepung sama menjadi ke tidak. Sebab Dya follow resepi FB ada yang menjadi ada yang tak.

Resepi dalam ni Dya gunakan tepung bakers choice.

Donut memang gebu gila.

Kalau guna tepung lili atau tepung cap ros, donut jadi keras walaupun cara pembuatannya sama. Haih.

Jadi, Dya share kat korang tepung yang memang betul menjadik gebu donut tu okay?

Bahan-bahan Buat Donut Tanpa Telur

1 1/2 paket yis
3 sb gula pasir
3 sb majerin
3 sb susu pekat
2 cawan air (ikut keadaan)
1 paket tepung gandum (850gm)

Cara Buat Donat Gebu Sampai Ke Petang:

  1. Masukkan yis, gula, susu, majerin ke dalam tepung. Gaul rata
  2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Kalau doh melekit jangan tambah tepung. Guna air sejuk cuckoo atau coway atau air dr peti ais
  3. Rehatkan donut dalam 20 minit, tutup dengan kain lembab
  4. Lepas 20 minit, tumbuk2 doh untuk buang angin pada doh
  5. Kemudian boleh la bulatkan donut ikut saiz yang dikehendaki
  6. Rehatkan semula sampai saiz donat dua kali ganda asal, baru buat lubang pusat pada donat.
  7. Kemudian, baru boleh goreng
  8. Pastikan kuali panas sebelum masukkan donat dan goreng menggunakan api perlahan
  9. Tunggu donut suam, boleh golekkan dengan gula yang dah dikisar halus

Senang rupanya buat donat gebu tanpa telur nih.

Aali pulak sejenis allergi dengan telur. Jadi, bila ada resepi tanpa telur memang best sangat!

Dya ada cuba buat dengan tepung lili & cap ros.

Tapi, tak tahu mana silapnya, donut jadi keras. So, Dya guna tepung bakers choice je. Lagi best. Hehe.

Tips: Lepas timbang doh, buat teknik rounding. biarkan 5minit, lepastu tekan doh dengan bawah cawan yang rata. Tekan sikit je, jangan leper sangat. Tengahnya lubangkan dengan nozel kek. Dah siap lubangkan, biarkan doh kembang dua kali ganda baru goreng.

Jom cuba Resepi Pisang Goreng Rangup Sampai Petang

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
resepi viral donut gebu tanpa telur lembut

Resepi Donut Gebu Sampai Ke Petang


  • Total Time: 20 minutes
  • Yield: 50 biji 1x

Description

Resepi donut ni tak perlu guna telur. Confirm lembut, gebu sampai petang


Ingredients

Scale
  • 850 gm Tepung gandum
  • 3 sudu besar Susu pekat
  • 3 sudu besar Gula perang
  • 3 Sudu besar majerin
  • 2 cawan air sejuk (| sukatan ikut keadaan)
  • 1 1/2 paket yis
  • 1 Cawan Gula (| kisar halus untuk salut donat kemudian)

Instructions

Cara Buat Doh Donut Gebu Viral

  1. 1. Masukkan, gula, yis, majerin, susu pekat ke dalam tepung. Gaul rata.
  2. 2. Kemudian, masukkan air sikit demi sedikit hingga doh tak melekat kat tangan. Rehatkan doh selama 20 minit, tutup dengan kain lembab
  3. Selepas 20 minit, tumbuk2 buang angin pada doh. Boleh bentukkan donut dan rehatkan donut selama 10 minit atau hingga donat jadi besar dua kali ganda (bila angkat donat tu rasa ringan berbanding masa sebelum doh direhatkan.
  4. Panaskan kuali, slowkan api baru masukkan donut. Sebelum masukkan donut pastikan minyak dah panas & masak guna api slow supaya tak hangus
  5. Kalau nak buat frozen, goreng sekejap je untuk matikan yis. Goreng macam warna dalam gambar tu. Dah boleh sejukkan dan simpan dalam peti ais.
  6. Untuk buat makan, bolehla goreng donat hingga masak. Kemudian gaulkan dengan gula yang dikisar halus
  • Prep Time: 20 minutes
  • Category: Breakfast

Keywords: donut gebu viral, resepi donut lembut tanpa telur

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star