Review Nasi Ayam Masak Butter Tuah Cafe Bangi

Haritu encik suami teringin sangat makan nasi ayam butter. Mulanya ingatkan nak pergi cari kat kedai makan area Senawang.

Tapi memandangkan kami perjalanan dari KL dan saya pun dah lapar sangat, gigih jugak duk cari kat google, kedai mana ada jual nasi ayam butter ni.

Tempat yang saya target sekitar Bangi lah. Kebanyakan kedai yang jual menu nasi ayam butter ni berkonsepkan hipster. Jarang sebenarnya saya nak masuk kedai makan hipster ni.

Mungkin sebab salah satunya mindset saya, kedai hipster jual makanan mahal & rasa makanan kurang menepati citarasa.

Menu yang biasa dijual pulak kebanyakannya menu western. Tekak masa ni tak berapa nak selera sangat masuk kedai jual makanan western. Haha.

Tapi, encik suami dah mengidam sangat kita ikutkan je lah.

Review Nasi Ayam Masak Butter Tuah Cafe Bangi

Review Nasi Ayam Masak Butter Tuah Cafe Bangi

Masuk je dalam kedai, staff kedai kira pantas jugakla hidang list menu untuk kita pilih. Stail macam kita makan kat kopitiam. Kena tulis kod menu kat kertas kemudian baru panggil untuk order.

First impression saya tentang harga? Agak mahal jugak sebenarnya. Minuman paling rendah pun rasanya RM2 (mineral) yang satu ni je. Selain tu harga minuman RM5-RM8 dan ianya dihidangkan dalam cup plastik jernih.

Harga makanan pun boleh tahan jugak. Haha! Tu yang awal-awal saya dah cakap, kedai hipster memang standard harga macamni. Hihi. Jadi, jangan terkejut pulak nanti.

Saya Order Sup & Coklat Ais

Disebabkan kurang selera saya order sup cendawan & garlic bread sahaja. Harga set ni kalau tak silap RM7-8 kot? Tak ingat.

Review Nasi Ayam Masak Butter Tuah Cafe Bangi

Sup cendawan dan roti garlic sedap!

Rasa sup cendawan dia sama je macam sup cendawan pizza tu. Sedap jugak tapi rasa sama je lah. Takda beza dan keistimewaan.

Saya jenis high taste sebenarnya, sup cendawan yang saya paling suka hanya kat Restoran Lucy’s Kitchen, Kota Kinabalu Sabah. Peh serius sedap gilehh kat sini.

Bukan sup je, ayam butter, salmon butter, banyak lagi lah menu western sedap kat Lucy Kitchen.

Review Nasi Ayam Masak Butter Tuah Cafe Bangi

Kemudian menu lain saya order ais coklat. Sedut sekali, rasa tak macam milo. Hehe. Ini sangat ok sebab ada sesetengah kedai bila kita mintak air coklat dia akan hidang air milo. Tak best la weh!

Tapi, kat Tuah Cafe ni air coklat ais dia memang rasa koko. Sedap!

Suami Order Nasi Ayam Butter

Ok, untuk menu nasi ayam butter ni saya rasa boleh bagi 3 daripada 5 bintang saja. Sebab rasa kuah butter dia kurang kick.

Review Nasi Ayam Masak Butter Tuah Cafe Bangi

nasi ayam butter

Portion makanan standard, harga pulak boleh tahan.

Kenapa saya bagi rating 3 bintang? Sebab kuah masak butter ni takda rasa sedikit manis, hanya rasa pedas dan plain. Tak tau macamana nak explain.

Cumanya, kalau macam dah kebulur sangat tu, oklah untuk habiskan. Hehe.

Mungkin Saya Datang Sini Untuk Lepak

Jujur cakap, kalau saya suka mana-mana kedai saya akan repeat datang banyak kali sampai rasa bosan. Tapi, Tuah Cafe ni mungkin datang untuk lepak saja.

Takpun kalau terasa macam nak celebrate besday ke, anniversary ke, mungkin datang ke sini lah kot. Sebab decor kedai hipster.

Kalau tengah kebulur gila, sini bukan tempat yang sesuai untuk saya hilangkan kepuasan makan makanan yang sedap. Hehe.

Terpulang pada selera masing-masing. Sebab saya jenis cerewet tang makanan. Kalau betul-betul sedap memang saya akan cakap sedap.



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment