Review Pisang Goreng Cheese, Tempat Makan Best Di Bangi

Haritu ronda area bangi mencari makanan. Serus buntu nak makan apa. Dan bila tengok kedai makan rasa bosan dengan menu yang ada.

Adala dalam 2-3 kali berpusing kat tempat yang sama semata nak pilih kedai untuk makan. Haha!

Last-last Dya pilih kedai makan sebelah Klinik Pakar Kulit dan Alahan An Nur, Bangi. Sebelum ni duk rasa Sup Urat Keting Bangi. Kalini kita pilih makanan kudapan pisang goreng pulak.

Konsep Satu Kedai, Ada Banyak Gerai Jual Menu Berbeza

Masa first time ke sini, konsep kedai ni agak berbeza sikit. Ada banyak gerai-gerai di sekeliling menyediakan menu yang berbeza. Jarang nampak kedai melayu buat konsep ni. Kecuali masyarakat Cina.

Bangunan kedai tau. Bukan food court macam kat mall. Kalau kat food court tu biasa lah ada macam-macam jenis makanan dijual ikut gerai masing-masing kan?

lokasi pisang goreng cheese bangi

Kalau korang perasan, masyarakat Cina punya stail kedai makan kebanyakannya dipenuhi dengan gerai berbeza. Pemilik kedai mungkin kutip sewa dari penggerai yang menjual di kawasan kedai mereka.

Serius Dya suka konsep ni. Sebab ada banyak pilihan untuk pelanggan yang datang makan. Pemilik kedai pulak jimat tang sewa kedai sebab ye la penggerai duk menapak, pemilik kedai mestilah kena letak bayaran kan? Hehe.

Sampai je atas meja, Dya masih blur nak makan apa. Depan mata pulak ada gerai jual bakso. Nak order sate kat gerai lain cam dah biasa sangat makan sate. Bosan.

Tu yang terfikir, why not kita cuba rasa bakso kat sini.

Jadi, Dya order bakso berapi kalau tak silap. Boleh tahan pedas jugakla. Cumanya bakso kat sini, rasa dia bukanlah sama macam bakso asli jawa. Bolehla buat sedap tekak masa tengah lapor.

Review Pisang Goreng Cheese, Tempat Makan Best Di Bangi

Setel je duk perabis bakso. Rasa macam tak puas makan lagi. Melilau mata cari kedai lain jual makanan apa. Jadi, menu kedua Dya order pisang goreng cheese.

pisang goreng sedap bangi

Jujur cakap pisang goreng cheese kat Semenanjung Dya tak jumpa lagi yang boleh lawan kesedapan pisang goreng cheese Sabah.

Tapi, menu pisang goreng kat sini sedap! Lebih kurang je rasa macam pisang goreng cheese Sabah.

Rahsianya terletak pada taburan gula perang kot atas pisang tu. Sebab bila tabur gula perang rasa macam rangup & sedap.

Tambah pulak susu & cheese meleleh atas dia. Pehh! Masa ni makan memang sedap pisangnya.

Harga Pisang Cheese Bangi?

Cuma harganya ikutkan pricey jugaklah. Seketul pisang nipis RM1. Satu set RM7 ada dalam 7 ketul pisang goreng kat dalam.

Mungkin harga standard lah kot kat area Bangi ni. Biasanya orang jual paling-paling pun 80 sen seketul kot?

Entahla. Dya malas fikir pasal harga janji makanan tu sedap.

Kali kedua Beli Pisang Cheese, Kurang Manis

Masa first time rasa memang puas hati. Tapi kali kedua, masa hari lain waktu tengahari Dya order lagi menu ni kat kedai yang sama. Macam tak da taburan gula perang atas pisang cheese.

Gambar kat bawah masa Dya beli untuk kali kedua. Hehe. Tak nampak gula perangnya.

pisang goreng cheese sekitar bangi

Rasa pisang goreng cheese tu pun kurang manis. Dahla beli sampai 2 set okay? Haha! Yela, sebab masa first time rasa pisang ni sedap sangat.

Mungkin kali kedua order ni, peniaga tengah rushing memasak kot? Banyak tempahan agaknya. Mungkinlah.

Dah Teringin Dari Haritu Ngap Jelah

Disebabkan teringin dari haritu lagi, sampai sanggup beli 2 set harini. Maka, Dya gagahkan diri habiskan pisang goreng tu. Dengann…dengan bantuan suami. Haha!

Suami haruslah makan sekali. Tapi, kebanyakan pisang Dya bedal sorang. Walaupun kalini rasa kureng.

Jadi, harapnya lepasni penggerai goreng pisang cheese jaga kualiti makanan. Bukan tak sedap. Cuma kureng sikit bila rasa tak sama macam biasa.

Kalau korang nak cuba rasa kat gerai ni pergilah kat Bangi sana. Mungkin masa korang sampai pisang goreng tu sedap pulak tetiba ke kan? Hehe.

 

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment