Resepi Roti Burger Bun Gebu Sedap Macam McD

Pernah tak korang rasa teringin nak buat sendiri roti burger sedap kat rumah ala-ala macam burger kat mcd tu?

Burger ni rasa sedap gila kalau rotinya lembut bila ngap masuk mulut.

Kalau roti bun tu keras, agak spoil sikit nak ratah.

Dia macam..

Tak sesuai gabungan tu. Hehe.

Kecuali roti subway. Sebab subway ni konsep dia lain sikit.

Macam Dya, suka roti tekstur yang crusty kalau beli kat Subway.

Siap double toast lagi sebab nak tekstur crusty tu. Hihi.

Tapi, kalau roti burger biasa atau burger mcd, Dya lebih suka jenis lembut dan gebu.

Korang boleh cuba resepi simple buat bun roti gebu ala-ala mcD kat bawah ni.

Bahan-bahan:

  • 500gm tepung roti
  • 10 gm pelembut roti
  • 70gm gula kastor
  • 1 tbsp garam
  • 50gm majerin atau butter
  • 1 tbsp yis kering (saf)
  • 1 biji kuning telur
  • 200-280gm air sejuk
  • 1 tbsp susu tepung

Cara Buat Bakar Roti Burger:

  1. Masukkan semua bahan dalam food processor Philips kecuali garam. Selepas 5 minit uli baru masukkan garam.
  2. Gunakan ring burger saiz 4 inci. Setiap doh buat 15-80gm adunan
  3. Tabur everythingbagel seasoning atas bun burger
  4. Kemudian bakar adunan pada suhu 170 selama 20 minit. Bergantung pada oven masing-masing.

Senang kan? Hehe.

Untuk uli doh korang boleh je uli pakai tangan.

Tapi kalau jenis nak cepat, surirumah yang sibuk tak sempat nak menguli, guna je mesin food processor, setel!

Jimat masa dan tangan pun tak penat nak menguli doh.

Siap je bakar bun burger, korang letakla sayur, salad, sos, ayam, daging bakar dan bahan lain.

Lepastu kita ngap beramai-ramai, sambil piknik tepi rumah. Hehe.

Musim PKP tak boleh keluar rumah kan. Lepak tepi rumah pun best dengan keluarga,anak-anak semua.

Sesambil layan suasana awan, pokok keliling rumah, musik soft. Bestnya!

Beli food processor kat sini –> FP Philips

CARIAN BERKAITAN:

  • roti burger bijan
  • resepi bun roti
  • burger roti

Jom masak lauk tengahari tempoyak daun kayu

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment