Resepi Roti Jala Gluten Free Lembut Sampai ke Petang

Sedap cicah roti jala dengan kari ayam panas-panas. Anak saya suka sangat makan macamtu saja.

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
resepi roti jala lembut

Resepi Roti Jala Tanpa Gluten


  • Total Time: 21 minutes
  • Yield: 2 Orang 1x
  • Diet: Gluten Free

Description

Hanya perlu guna tepung kentang, tepung beras dan tebung ubi kalau teringin makan roti jala gluten free yang lembut sampai ke petang


Ingredients

Scale

Bahan-bahan Roti Jala:

  • 3/4 cawan Tepung Ubi
  • 1 1/2 cawan Tepung beras
  • 3/4 cawan Tepung kentang atau tepung jagung
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1 sk himsalt
  • secubit serbuk kunyit

Instructions

Cara Buat:

  1. Kisar kesemua bahan sampai sebati
  2. Masukkan ke dalam bekas pengirai
  3. Menjala atas kuali non stick beberapa saat
  4. Gulung kemas-kemas dan boleh makan cicah dengan kari ikan panas
  • Prep Time: 15 minutes
  • Cook Time: 6 minutes
  • Category: Kuih Muih
  • Cuisine: Malaysia

Keywords: resepi roti jala, resepi roti jala sukatan cawan, roti jala lembut sampai petang

roti jala lembut sampai ke petang

Tips Roti Jala Kekal Lembut

  1. Jika adunan tepung terlalu cair, tambahkan sedikit tepung untuk bagi seimbang. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan air untuk cairkan sedikit
  2. Jangan kirai terlalu lama atas kuali. Hasilnya jadi keras dan garing. Jadi susah nak gulung nanti

Cumanya bila kat luar sukar nak jumpa yang bebas diperbuat daripada gluten. Kebanyakan pasti akan guna gandum dalam bancuhan.

Jadi, masak sendiri kat rumah guna campuran tepung gluten free, pilihan lebih sihat untuk anak.

Padanan cicah biasanya saya akan cicah dengan sambal tumis atau kuah kari atau keduanya sekali.

Sedap sangat-sangat!

Jom cuba buat Apam Balik Gebu Gluten Free

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • Roti Jala Simple
  • Resepi roti jala gluten free

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star