Untuk jaga perut anak dan suami, memang Dya kena cari resepi jenis gluten free sahaja. Kalini terasa nak cuba buat roti pita kebab homemade. Mudah sangat nak buat.
Kenapa Mesti Gluten Free?
Sebab suami dan anak ada masalah leaky gut. Dya tak pandai nak jelaskan secara terperinci.
Tapi secara ringkasnya, perut mereka sensitif. Dan perlu jaga pemakanan supaya tak berlaku radang pada badan. Contohnya ekzema, allergi kulit, dan lain-lain.
Tapi, tak semestinya yang ada masalah leaky gut je kena amalkan resipi gluten free. Hehe.
Korang yang rasa nak jaga kesihatan pun perlu tukar pemakanan yang lebih sihat dah sekarang ni.
Salah satunya adalah resepi gluten free.
Roti Pita tu Apa?
Roti pita ni biasanya kita boleh jumpa kat kedai mamak atau arab yang jual menu contohnya naan cheese, roti arab, dan kebab.
Ada banyak jenis roti pita ni. Kalau roti pita ada poket, saya panggil kebab sebab kita boleh isi inti dalam poket pita tu.
Roti pita tanpa poket pula, saya gelarkan roti naan. Saya suka gila makan naan cheese!
Cicah pulak dengan kuah dhal & kima daging. Hmm. Teringat masa makan kat kedai makan Sabah dulu. Ya Allah rindunya masakan kat sana!
Bila dah tukar pemakanan dan bahan dalam masakan ni, jujur cakap Dya buntu nak masak apa. Haha!
Yela, sebab kita tak biasa masak guna bahan masakan yang gluten free.
Sumber bahan mentah pun kebanyakannya tak mesra sihat. Hehe. Maksudnya, kebanyakan sumber bahan di kedai tak melepasi syarat gluten free.
Resepi gluten free ni perlu guna bahan yang luar dari kebiasaan kita guna. Dan yang penting sihat!
Resepi Sihat Untuk Suami dan Anak
Apapun, demi kesihatan keluarga, saya gigih cari resepi dan belajar buat supaya perut mereka sihat dan kuat.
Tu yang excited nak share dengan korang resepi roti pita gluten free nih!
Bahan Roti Kebab Gebu
- 3/4 cawan + 200 ml air suam
- 1 1/2 sk ORCS (organic cane sugar) ***
- 10 g yis
- 1 cawan @ 160g tepung beras ***
- 2 sk psyllium husk powder ***
- 2/3 cawan tepung ubi kayu ***
- 2sk minyak
- 1/2 sk sea salt ***
Cara Buat Roti Pita Kembang Cantik
1. Sediakan bancuhan yis
- Ambil air suam, kemudian campurkan yis serta gula ORCS. Kacau rata dan biarkan 5 minit untuk aktifkan yis. Nanti yis akan jadi berbuih dan kembang naik
2. Sediakan Doh Pita Gluten Free
- Campurkan kesemua bahan kering *** dalam mangkuk. Kemudian, masukkan yis serta minyak. Gaul rata guna sudu kayu
3. Uli Doh
- Uli doh beberapa minit sampai doh tak melekat kat tangan. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan dalam 45-60 minit. Doh akan mengembang dua kali ganda.
4. Bahagikan Doh
- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Kemudian rehatkan doh semula dalam 10-15 minit.
- Selepas 15 minit camtu, leperkan doh bulat tu guna penggelek/ roller
5. Masak doh roti pita
- Panaskan kuali. Masukkan doh yang dah dilenyekkan tadi. Tunggu sampai doh tu kembong, balikkan. Dah masak, angkat. Siap!
Gebu gila khenn roti pita versi sihat ni?? Hehe.
Senang sangat nak makan makanan sihat. Asalkan kita tau bahan apa yang perlu kita guna.
Macam sebelum ni Dya ada cuba masak Nasi Dagang Keto . Haa, resepi ni pun korang patut cuba.
Apa tu psyllium husk?
Saya selalu tengok resepi luar negara, diorang akan letak bahan psyllium husk kalau nak buat menu gluten free.
Gigih cari psyllium husk ni apa benda sebenarnya?
Rupanya ianya sumber serat yang diperbuat daripada biji sekam tanaman yang bergelar Plantago Ovata.
Biasanya orang panggil psyllium husk ni sebagai julap.
Dan katanya sangat bagus untuk kesihatan jantung serta pankreas kita. Wow!
Psylium husk ni bagus untuk mengatasi masalah sembelit dan membantu sistem pencernaan kita berjalan lancar.
Sumber Prebiotik
Ok, untuk bab prebiotik. Biasanya yang ada masalah perut. Macam leaky gut, ekzema, gerd, anxiety. Kita perlukan prebiotik.
Sebab itu adalah sumber makanan kepada probiotik dalam usus kita.
Biasanya saya akan bagi keluarga minum Prebiotik Al Manna tiap pagi. Untuk jaga perut mereka.
Rupanya psyllium husk ni pun sumber prebiotik jugak! Pehh!
Ada banyak lagi sumber makanan kaya prebiotik contohnya budu, tempe, dan lain-lain.
Probiotik sejenis bakteria baik dalam perut, dan kita perlukan keduanya iaitu probiotik serta prebiotik.
Penting jaga perut sebab nak jaga tahap kesihatan imun kita.
Bila perut sihat, kita mampu nak lawan jangkitan, kurangkan radang dan jaga tisu serta sel badan dengan baik.
Turunkan Kolestrol, obesiti, darah tinggi, risiko rendah sakit jantung
Psyllium husk ni boleh bantu kawal kita punya kolestrol, bantu rendahkan tekanan darah yang tinggi serta kuatkan otot jantung kita.
Korang boleh la cari maklumat lebih lanjut kat google. Hehe.
CARIAN BERKAITAN:
- Roti pita kebab
- Resepi guna roti pita
- Roti naan