Cara Mudah Sediakan Salad Buah-Buahan Yang Sihat Dan Sedap

Ok, harini kita sambung resepi yang paling mudah dan senang.

Eh bukan sama ke tu? hehe..

Sebelum ni ada cuba tak Resepi Sup Oat Untuk Kesihatan Badan?

Jangan lupa mencuba yer.

So, harini eyqa nak share satu lagi resepi sihat dan mudah dibuat. Bahan-bahan pun mudah nak dapat.

Cara Mudah Sediakan Salad Buah-Buahan Yang Sihat Dan Sedap

Bahan-bahan:

3 Biji buah epal merah

3 biji biji buah epal hijau

3 cawan buah anggur

boleh juga ditambah buah-buahan yang lain mengikut citarasa anda.

Bahan untuk sos :

2 cawan yogurt asli/buahan (eyqa guna satu yogurt asli satu lagi yogurt strawberi)

1/2 tin susu cair

5 sudu besar mayonis salad buah. (optional)

Cara Mudah Sediakan Salad Buah-Buahan Yang Sihat Dan Sedap

Cara-cara penyediaan :

  1. Potong buah-buahan bentuk dadu atau potong kecil-kecil senang nak telan.
  2. Ambil mangkuk lain bancuh bahan-bahan sos. campurkan semua bahan. eyqa tak guna mayonis salad sebab tiada. eyqa ganti dengan mayonis biasa sahaja.
  3. Lepas sudah bancuh sos, masukkan dalam mangkuk yang sudah buah-buahan dipotong.
  4. Masukkan dalam peti sejuk dalam 30 minit atau sejam sehingga sejuk.Makan sejuk lebih mengancam.
  5. Buah-buahan yang sudah disaluti sos yang mengancam dikeluarkan dari peti dan terus ngap!

Senang sahaja kan, boleh la korang semua cuba.

Selamat Mencuba ^_^

Summary
recipe image
Recipe Name
SALAD BUAH-BUAHAN SIHAT YANG MUDAH
Author Name
Published On
Preparation Time
Cook Time
Total Time

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment