Sedap Jugak Minum Air Buah Tanpa Gula Kat Hui Lau Shan

Hemm, sedapke minum air buah tanpa gula kat Hui Lau Shan ni? Sejak beberapa bulan kebelakangan ni, Dya memang tak suka minum dan makan makanan terlalu manis.

Kadang tu tengok kat FB, banyak menu yang meriah topping dan intinya. Bila tengok Dya jadi tak selera. Sebab makanan terlampau manis ni memudaratkan kesihatan.

Sedap memang sedap. Tapi, kalau tak kawal memang tak elok untuk badan ni. Haha.

Minum Air Buah Tanpa Gula Kat Hui Lau Shan

Nak pergi makan kat kedai makan biasa pun, kalau order air buah, dia punya manis..Mak aii, manis potong kaki namanya. Biasanya Dya akan tuang air kosong 1-2  kali jugaklah nak hilangkan manis tu.

Hujung minggu haritu ternampak pulak kedai Hui Lau Shan kat One Utama ni. Dya tertarik dengan menu dia. Sebab meriah dengan buah segar. Tekak pun memang mencari buah je sekarang ni.

Lokasi Hui Lau Shan | FK107, 1st Floor, 1 Utama (Old Wing)

Sedap Jugak Minum Air Buah Tanpa Gula Kat Hui Lau Shan

Jadi, saja lah duk cuba rasa minum kat sini. Rasa dia sesuai dengan selera! Sebab dia takda manis gula macam kebanyakan tempat yang lain.

Dan untuk makluman Hui Lau Shan ada pengiktirafan sijil halal. Jadi bolehla kita berjimba minum sakan weh! Haha.

Kat Hui Lau Shan ni hanya jual minuman yang takda langsung perasa tambahan. 100% guna buahan segar & bahan-bahan yang menyihatkan. Sesuai lah dengan konsep diorang “health, leisure & style”.

Ada juga menu dessert kat ini contohnya mango crepe, mango sago, mango chewy ball, dll.

Masa kat sini Dya rambang mata jugakla nak pilih menu mana satu. Sebab ada banyak set minuman berbeza. Kot kalau nanti korang singgah minum kat sini, nah Dya bagi gambar menu yang ada kat Hui Lau Shan. Bolehla pilih siap-siap dalam kereta tu. Hehe.

Minum Air Buah Tanpa Gula Kat Hui Lau Shan

Menu yang Dya paling suka Goji Gotcha. Sebab ada buah segar & rasa dia sedap. Manis-manis buah. Owh lupa nak bagitau korang. Minuman kat sini dia ada campuran teh jugak. Jadi, rasa dia agak berbeza berbanding air buah biasa.

Rasa dia seimbang & paling penting takda rasa manis gula.

Minum Air Buah Tanpa Gula Kat Hui Lau Shan

Kalau tak silap ada banyak jenis set minuman & dessert korang boleh pilih. Antaranya:

  • Fruitpucino Coconut Milk Series
  • Coconut Milk BloCha Series
  • Mystery Gotcha Series
  • Grab Dessert

Setiap set tu ada beberapa perisa berbeza jenis contohnya:

Fruitpucino Coconut Milk Series

– ada perisa mango mint, matcha pineapple, dragonfruit, watermelon

Untuk set yang ni, unik sikit sebab ada santan kat lapisan atas minuman tu. Cara minum, korang kena dongak 45 darjah masa nak minum. Baru rasa santan & buah tu jadi seimbang

 

Minum Air Buah Tanpa Gula Kat Hui Lau Shan

Mystery Gotcha Series

– Ada perisa goji gotcha, endeavor gotcha, rosemary rose garden gotcha, butterfly pea gotcha.

Set ni paling Dya suka sebab ada buah! Dan perisa paling best, Goji gotcha sebab ada buah goji. Orang kata buah ni bagus untuk imunisasi & perbaiki pola tidur & mata kita. Selain tu, ada tambahan teh hijau jasmin jugak dalam tu.

Minum Air Buah Tanpa Gula Kat Hui Lau Shan

Coconut Milk Blocha

– Ada perisa peach tea, earl grey, jasmine tea, coconut milk rose vanilla

Yang ni Dya tak rasa haritu. So tak taulah cemana rasa. next time lah cuba rasa menu yang ni pulak.

Minum Air Buah Tanpa Gula Kat Hui Lau Shan

Grab Dessert

-Menu ni pun nampak menyelerakan jugak. Sebab ada aiskrim, coco de nata, etc. Hah, pepandai koranglah pilih kat gambar bawah ni:

 

Sedap Jugak Minum Air Buah Tanpa Gula Kat Hui Lau Shan

Mango crepe

Sedap Jugak Minum Air Buah Tanpa Gula Kat Hui Lau Shan

Red bean love

Masa nak ke Hui Lau Shan ni, kalau korang nak cari cawangan dia, taip je Hui Lau Shan kat google maps tuh. Sebab akan keluar lokasi cawangan yang ada.

Hui Lau Shan ada kat KLIA2, bandar sunway, mid valley, bukit bintang & balakong, queensbay mall Penang, Aeon Mall Tebrau JB, Sri petaling.

Sedap Jugak Minum Air Buah Tanpa Gula Kat Hui Lau Shan

Sago duet

Sedap Jugak Minum Air Buah Tanpa Gula Kat Hui Lau Shan

Mango coconut ribbon

Takpun korang boleh terus tengok details kat facebook page Hui Lau Shan Official

Sedap Jugak Minum Air Buah Tanpa Gula Kat Hui Lau Shan

Ni tak tau lah nama dia.

 

Baca Juga Nasi Kukus Sedap Kat Senawang

CARIAN YANG BERKAITAN

  • hui lau shan Malaysia
  • malaysia outlet hui lau shan
  • hui lau shan franchise
  • menu hui lau shan
  • malaysia menu hui lau shan
  • hui lau shan outlets malaysia

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment