Sebelum ni saya ada buat resepi susu pekat guna orcs dan gula kelapa. Kalini saya buat resepi baru yang mana ianya versi sugar free, keto friendly dan sesuai untuk mereka yang ada diabetes
Saya lambat update dalam blog resepi ni. Dah lama buat sejak 2022 lagi.
Susu pekat homemade saya buat 3 versi resepi iaitu guna orcs, gula kelapa dan sweetener zero kalori
Susu pekat homemade ni sangat mudah, cepat siap, dan bila campur dalam air takkan naik minyak pun
Baca sini: Resepi Susu Pekat Gluten Free
Resepi banyak di luar tapi yang saya buat dalam ni tak perlu masak atas dapur. Hanya perlu kisar sampai pekat.
Mudah sangat-sangat. Dalam tak sampai 5 minit dah selesai!
Resepi ni:
- Gluten free
- Keto Friendly
- Sugar Free
- Low Carbs High Fat
Jika nak buat versi dairy free, gantikan kepada butter vegan atau coconut oil, kemudian guna coconut milk powder
Kuantiti cukup untuk buat dua cawan air. Jika mahu buat kuantiti banyak, gandakan saja sukatan.
Jika dah biasa buat, tak perlu sukat-sukat dah. Campak-campak je bahan terus blend dan siap!
Bahan-bahan:
PrintSusu Pekat Keto Siap 1 Minit
Ingredients
- 17g unsalted pure butter
- 40g coconut milk powder (boleh ganti whey protein isolate atau mana-mana milk powder yang pure tanpa campuran bahan pelik-pelik)
- 10g monk fruit sweetener/allulose
- Secubit garam
- Secubit vanilla (pilihan)
- 30g air
Instructions
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar.
- Kisar hingga dapat tekstur pekat macam susu pekat
- Jika kurang pekat, tambah lagi kuantiti milk powder terpilih
Review Ahli Group RGFA tentang resepi susu pekat ASMRDHIA