Waktu Panas Makan ABC Kat Kedai Makan Pagoh Kak Mai

Cuaca sekarang ni boleh tahan panas sangat-sangat. Kalau duk rumah batu/rumah jenis teres macam Dya ni. Peh bahang panas tu kadang bawak sampai ke malam dan pagi buta. Serius bahang weh. Lain pulak kalau kita duk rumah kampung dinding kayu. Masa siang panas macam duduk dalam sauna. Tapi waktu malam sejuk sampai ke tulang. Tu beza rumah papan dan rumah batu bata ni. Haha.

Korang suka duduk rumah jenis macamana? Dya suka duduk rumah kayu campur batu. Maksudnya bila panas, kita pergi la duk kat area rumah yang ada dinding batu. Bila malam pulak kita duk area dinding kayu. Sejuk waktu malam yang tak pasang kipas pun takpa.

Sebut pasal cuaca ni kan. Waktu tengahari tu kalau rasa dah panas meleding sangat, ada baiknya pekena hirup ABC satu cawan. Sejuk sikit badan tu hah.

Bila balik pagoh, agak-agak rasa panas lit lit, Dya gi singgah minum kejap kat kedai makan Kak Mai. Kat taman Sri Pagoh. Sebab kat sana ada ABC sedap. Hehe.

Nah belanja korang gambar sikit:

abc sedap segar pagoh

Isi dia kemain meriah lagi weh. Hirup pelan-pelan bagi basah tekak dulu. Biasanya kan, jarang ada kedai atau warung jual ABC sedap. Isi pun tak semenggah, rasa pun kureng.

Tapi kat kedai Kak Mai ni sedap! Isi letak kat atas terus baru nampak ceria sikit rupa ABC tu. Yang penting rasa dia sedap! Haha.

Harga pulak. Kalau tak silap RM2.50 semangkuk. Sekarang ni tak tau lah berapa. Lupa dah. Yang Dya tau, nak hilangkan peluh dan panas badan ni terus order ABC satu.

Pehh, puas gila! Rasa sejuk je badan bila hirup ABC masuk tekak.

So, kalau korang ada kat area Pagoh tu, singgahla kat kedai Kak Mai ni hah. Minum ABC buat hilangkan rasa haus & panas bahang cuaca sekarang ni. Signboard kedai tulis restoran selera kampung Kak Mai.

Pastu order makan kue tiaw basah satu. Pehh. Memang puas. Nanti balik rumah kalau rajin cuba lah resepi kue tiaw basah ni. Sedap gila!

CARIAN BERKAITAN:

  • ABC sedap pagoh
  • Air batu campur sedap
  • resepi ABC paling sedap



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment