Go Back
cornflakes madu rangup sedap

Resepi biskut Cornflakes Madu Rangup

Biskut paling mudah buat dan cepat siap. Bahan pun simple je.
Cook Time 1 hr
Course Snack
Servings 200 bekas

Ingredients
  

Bahan-bahan biskut cornflakes madu

  • 9 Sudu Besar madu
  • 3/4 Cawan Gula Perang
  • 500 Gram Cornflakes
  • 300 Bekas mangkuk kertas
  • 1 Botol kecil sprinkles
  • 250 Gram Butter
  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla

Instructions
 

Cara Masak Biskut Cornflakes Madu Rangup:

  • Hancurkan sedikit cornflakes madu yang dah siap dimasak supaya mudah nak masuk ke dalam bekas nanti. Asingkan tepi.
  • Masukkan butter, gula perang dan madu di dalam periuk. Masak guna api kecil.
  • Gaul rata dan tunggu butter serta gula larut dengan sebati.
  • Matikan api dan tunggu sehingga adunan tu suam.
  • Kemudian baru campurkan cornflakes ke dalam periuk. Gaul sebati dan angkat.
  • Masukkan cornflakes madu ke dalam mangkuk kertas dan hias dengan sprinkles
  • Bakar pada 150° selama 7-8minit. Angkat terus selepas masak.
  • Biarkan biskut sejuk baru masukkan dalam balang kuih raya.

Notes

Senang je nak buat biskut cornflakes madu ni. Dapat banyak dan cepat jugak habis nanti. Haha.
Resepi ni dijamin cornflakes madu korang rangup dan tak melekat kat mangkuk kertas tu.