Go Back
biskut makmur susu sukatan cawan

Resepi Biskut Makmur Susu Gebu Sukatan Cawan

Resepi Biskut Makmur ni sukat guna cawan dan guna butter menggantikan minyak sapi. Memang menjadi dan terasa sedap gebu mencair dalam mulut.
Cook Time 20 mins
Course Snack
Servings 110 biji

Ingredients
  

Bahan Doh Biskut Makmur Gebu:

  • 4 Cawan Tepung Gandum | disangai hingga naik bau
  • 1/2 Cawan Gula castor
  • 1/4 Cawan susu tepung | tak kisah brand apa
  • 3 Sudu besar buttercup | Cairkan dulu & tunggu sejuk
  • Minyak jagung | Secukupnya

Bahan Inti Biskut Makmur:

  • 500 gm kacang tanah | sangai tanpa minyak, buang kulit, kisar @ ditumbuk
  • Minyak jagung | secukupnya

Instructions
 

Cara Buat Biskut Makmur Gebu Cair Di Mulut:

  • Sangai tepung gandum di atas kuali. Sangai tanpa minyak, hingga naik bau.
  • Campurkan tepung gandum tu bersama gula castor, butter yang dah dicairkan (pastikan butter dah sejuk lepas dicairkan), susu tepung. Gaul rata.
  • Masukkan sikit2 minyak jagung ke dalam adunan. Masukkan secukupnya hingga tepung adunan tu boleh digentel dengan cantik. Kalau nak biskut tu jadi gebu, pastikan doh tidak berderai masa digentel.
  • Untuk inti biskut makmur, sangai kacang tanah tanpa minyak.
  • Buang kulitnya dan kisar kacang tu. Terpulang nak kisar halus mahupun kasar. Nak tumbuk pun boleh.
  • Campurkan dengan sedikit minyak jagung @ mazola ke dalam kacang yang dah dikisar tadi. Tujuannya supaya doh tak berderai masa gentel nanti.
  • Bakar dengan suhu 150˚ selama 20 minit.
  • Dah siap bakar biarkan suam sikit biskut makmur tu.
  • Golekkan biskut makmur ke dalam gula halus @ gula kastor
  • Boleh susun dalam balang bila biskut dah sejuk. Masukkan dalam balang yang kedap udara.

Notes

Tips biskut makmur mencair di mulut:
  • masa masukkan minyak jagung tu, kalau nak lagi gebu lebihkan sikit minyak jagung. Tapi kena pastikan tepung tu boleh digentel bulat cantik.
  • Kalau nak rangup sikit, kurangkan sikit minyak jagung dan kena pastikan tepung boleh digentel (tak berderai masa bulatkan)
Keyword biskut makmur, biskut makmur sukatan cawan, biskut makmur susu