biskut cornflakes rangup
Print Recipe

Resepi Biskut Cornflakes Rangup Sedap

Resepi ni memang menjadik. biskut cornflakes rasa sedap, rangup & wangi bau dia
Prep Time30 mins
Cook Time20 mins
Course: Dessert
Keyword: biskut cornflakes
Servings: 70 biji

Ingredients

Bahan-bahan biskut cornflakes rangup:

  • 1 3/4 Cawan Tepung gandum
  • 1/4 Cawan Tepung jagung
  • 1/2 Sudu Teh Baking powder
  • 3/4 Cawan Gula kastor | saya guna gula biasa, blend halus
  • 200 Gm Butter
  • 1 Sudu teh Esen vanilla
  • 1 Biji Telur | ambil kuningnya sahaja

Instructions

Cara Buat Biskut Cornflakes Rangup Sedap:

  • Putar gula dan butter selama 5 minit. Putar guna whisk atau pemutar kek
  • Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila, putar rata
  • Masukkan bahan putaran tadi ke dalam satu bekas.
  • Campurkan tepung jagung, tepung gandum & baking powder. Gaul rata. Doh akan jadi lembut sedikit
  • Ramas kasar conflakes dan masukkan ke satu bekas asing
  • Kemudian, doh tadi bulatkan dalam lebih kurang secubit atau satu sudu kecil
  • Letak atas cornflakes dan golekkan. Tekan sedikit biar jadi bentuk leper dan cornflakes senang melekat. (Tak perlu buat bentuk besar sangat sebab biskut akan mengembang masa bakar nanti)
  • Susun atas dulang pembakar. Bakar dengan suhu 150° selama 20 minit (bergantung pada oven masing2)