Go Back
tauhu begedil homemade power

Resepi Tauhu Begedil Homemade Sambal Kicap Power

Inti tauhu begedil ni simple dan mudah. Sedap dicicah makan dengan sambal kicap yang pedas power berapi.
Prep Time 30 mins
Cook Time 10 mins
Course Snack
Servings 30 biji

Ingredients
  

Bahan Inti Tauhu Begedil

  • 6 Biji Kentang | Potong dadu
  • 1 Sudu besar Lada sulah | terpulang pada citarasa
  • 2 Cubit Garam | Secukup rasa
  • [email protected] Batang Daun sup daun bawang | Hiris halus

Bahan Sambal Kicap Power

  • 1 Genggam Bawang putih
  • 1 Genggam Cili Padi | ikut tahap kepedasan masing-masing
  • 2 @ 3 Senduk Kicap
  • 3 Sudu Gula | ikut citarasa masing-masing
  • 1 Cubit Ajinamoto

Instructions
 

Cara Masak Tauhu Begedil

  • Kentang potong dadu. Goreng kentang, tos minyak, kemudian lenyekkan.
    (Dya blender guna pengisar bilah besar, cepat siap)
  • Hiris halus daun bawang daun sup. Campurkan dengan kentang lenyek tadi
  • Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa. Gaul rata
  • Potong bahagian tengah tauhu goreng tu. Guna gunting. Dya potong bentuk T
  • Kemudian masukkan inti tauhu begedil guna piping beg yang ada muncung keras sekali
  • Ambil sebiji telur, gaul rata kemudian golekkan dengan tauhu begedil
  • Panaskan minyak dalam kuali, goreng tauhu begedil hingga warna keperangan
  • Angkat dan cicah dengan sambal kicap power

Resepi Sambal Kicap Power Stail Johor:

  • Kisar bawang putih, cili api, kicap, dan gula ke dalam pengisar
  • Tambahkan secubit ajinamoto. Tak payah banyak
  • Rasa sambal kicap tu. Kalau terlampau pedas, tambah kan gula dalam sambal & perah 1 biji limau.
  • Siap untuk dicicah!
Keyword resepi tahu begedil, tauhu begedil