Go Back
patin tempoyak

Resepi Patin Masak Tempoyak Asli Dari Temerloh

Resepi Patin masak tempoyak bertambah sedap kalau letak daun kesum dan timun mentah.
Prep Time 15 mins
Cook Time 20 mins
Course Main Course
Servings 2 orang

Ingredients
  

Bahan Patin Masak Tempoyak Temerloh:

  • 10 biji cili padi | ikut citarasa sendiri
  • 2 ikat daun kesum
  • 3 keping asam keping | kalau nak lagi masam boleh tambah
  • 4 Ketul ikan patin | sederhana besar
  • 1 batang timun jepun | belah 4
  • 1 inci kunyit hidup | boleh ganti dengan serbuk kunyit jugak 1 sudu kecil
  • 2 sudu besar tempoyak
  • garam | secukup rasa

Instructions
 

Cara Masak Tempoyak Patin Sedap:

  • Kisar bawang putih, bawang besar, cili padi, kunyit hidup dengan sedikit air
  • Panaskan minyak dalam kuali. Dalam 4 sudu minyak. Tumis bahan kisar tadi sampai warna keperangan
  • Masukkan tempoyak. Gaul rata
  • Kemudian masukkan 1 1/2 cawan air, ikan patin, asam keping, daun kesum, garam secukupnya
  • Masak sehingga ikan patin empuk. Jika nak kuah pekat, tunggu kuantiti kurang sikit daripada asal
  • Matikan api gas. Tabur timun yang dah dipotong 4. Kalau nak masukkan timun masa masak pun boleh. Ikut selera masing-masing
  • Angkat dan boleh makan berama nasi putih beserta ulam-ulaman
Keyword masak tempoyak temerloh, patin tempoyak, patin tempoyak resepi kuantan