Go Back
mee goreng basah mudah simple

Resepi Mee Goreng Basah Simple Dan Sedap

Nak mee goreng basah, lebihkan kuah masa masak. Sebatikan dengan kicap, gula dan garam secukupnya. Resepi simple je buat, paling penting sedap gila
Prep Time 15 mins
Cook Time 15 mins
Course Breakfast
Cuisine Mediterranean
Servings 2

Ingredients
  

Bahan-bahan Goreng Mee:

  • 1 Biji bawang besar**
  • 2 Biji bawang putih**
  • 10 tangkai cili kering** Belah 2, rebus dan tos
  • 2 genggam mee kuning rendam air panas & tos,
  • Ayam @ fishball secukupnya
  • Daun sup, daun bawang secukupnya
  • 1 Biji Tomato belah 4 @ 6
  • Kicap, garam, gula secukup rasa

Instructions
 

Cara Buat Mee Goreng Basah Mudah:

  • Kisar bahan bertanda ** dengan sedikit air. Kisar halus
  • Panaskan minyak dlm kuali, tumis 3 sudu bahan kisar tadi. Kalau nak pedas, tambah lebih sikit.
  • Tumis sampai kering sikit. Kemudian, masukkan setengah cawan air. agak2 je. Jangan banyak sangat. Bergantung nak kuah banyak mana.
  • Masukkan ayam @ fishball, kicap, tomato, garam gula secukup rasa. Gaul rata. Boleh juga kalau nak tambah batang saderi atau carrot jika suka
  • Last sekali, Masukkan mee kuning. Gaul rata tunggu kuah pekat sikit.
    Balancekan rasa mee dengan adjust rasa kicap, garam dan gula.
  • Dah siap boleh hidang tabur daun bawang daun sup.
Keyword mee goreng basah, resepi mee goreng simple