Go Back
ayam ala thai

Resepi Ayam Masam Manis Sos Ikan Thai

Resepi ni Dya olah sendiri sebab teringin sangat nak makan ayam tapi rasa masam, manis dan ada bau sos ikan. Nampak pelik tapi sedap sangat!
Prep Time 15 mins
Cook Time 15 mins
Course Main Course
Cuisine Mediterranean
Servings 2

Ingredients
  

Bahan-bahan ayam ala thai:

  • 4 @ 5 ketul ayam kuantiti ikut suka
  • 1 sb serbuk kunyit
  • 10 tangkai cili padi | potong kecil, kuantiti ikut suka
  • 2 biji bawang putih | cincang halus
  • jus limau thai | kuantiti ikut tahap masam yang korang suka
  • 1 biji bawang besar | cincang halus
  • sos ikan thai | kuantiti ikut citarasa. Jangan banyak sangat nanti bau hanyir
  • Garam dan gula | secukupnya. nak mudah letak pati ayam je

Instructions
 

Cara Masak Kuah Ayam Masam Manis Sos Ikan:

  • Gaulkan ayam dengan kunyit dan secubit garam. Goreng garing. Tos & Ketepikan.
  • Kemudian, panaskan kuali, masukkan sedikit minyak (dalam 1 sudu je), tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
  • Masukkan sedikit air, sos ikan, jus limau , garam gula secukup rasa.
  • Nak mudah, guna pati ayam je. Tak perlu garam gula. Dya tak biasa guna pati ayam sebab lebih suka guna bahan organik dalam masakan.
  • Untuk sos ikan dan jus limau, korang letak ikut citarasa. Nak masam, lebihkan jus limau, nak bau ikan, lebihkan sikit sos ikan. Tapi jangan banyak sangat. Bau hanyir nanti.
  • Masak sekejap.
  • Nak kuah lebih, lebihkan air, tapi kena pandai adjust semula rasa
  • Kemudian masukkan ayam goreng tadi, gaul rata
  • Last sekali, tabur parsley dan cili api.
Keyword ayam ala thai, resepi ayam masam manis