Go Back
kari ayam tanpa santan

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

Kalau allergi santan dalam masakan, boleh ganti guna susu segar atau susu cair ke dalam resepi kari ayam. Hasilnya kuah tetap pekat sedap buat cicah roti
Prep Time 15 mins
Cook Time 30 mins
Course Main Course
Cuisine Mediterranean

Ingredients
  

Bahan-Bahan Kari Tanpa Santan:

  • 1 biji bawang besar**
  • 2 biji bawang putih**
  • 10 tangkai cili kering** | belah dua, rebus, tos
  • 2 sb rempah kari daging
  • 1 biji tomato | belah 4
  • 5-6 ketul ayam
  • 2 tangkai daun kari
  • Garam gula secukup rasa
  • Sedikit susu segar | dya agak2 je. dalam secawan

Instructions
 

Cara Masak Kari Ayam Pekat:

  • Kisar bahan bertanda ** dengan sedikit air. Kisar halus
  • Panaskan minyak, tumis 3 sudu besar bahan kisar tadi termasuk kari daging. Masukkan juga daun kari . Tumis guna api perlahan. Tumis hingga naik bau dan air tumisan dari bahan kisar tu kering sedikit. Jangan lama sangat nanti hangit.
  • Kemudian,masukkan air ke dalam tumisan..Anggaran air agak2 ayam tenggelam separuh.
  • Masukkan pula ayam, tunggu separuh masak boleh masukkan tomato pulak.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Bila ayam dah empuk, masukkan susu segar paling last. Gaul rata. Anggaran dalam secawan jugak. Kalau kuah nampak cair, tambah lagi sikit susu. Jangan terlampau banyak sebab nanti bau susu melebihi bau kari. Agak2 je.
  • Masak sekejap je. Jangan sampai pecah santan sebab nanti tak cantik kejadiannya..
  • Tapi, pastikan kuah kering sedikit dan pekat dahulu. Baru angkat untuk dihidang dan dimakan dengan nasi panas.
Keyword kari ayam pekat, resepi kari tanpa santan