Go Back

Resepi Ayam Goreng Berempah Serai Confirm Rangup Dan Sedap

Dya lebih suka ratah hapas serai dan ayam goreng berempah ni camtu je. Rasa dia rangup kat luar, berjus kat dalam. Bau rempah ni wangi sangat.
Prep Time 30 mins
Cook Time 30 mins
Course Main Course
Cuisine Mediterranean
Servings 2

Ingredients
  

Bahan kisar:

  • 10 tangkai Cili kering | belah dua, rebus, tos, buang biji
  • 1 biji bawang besar | saiz sederhana
  • 2 biji bawang putih

Bahan perapan ayam berempah:

  • 2 sb bahan kisar
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb gula
  • 2 sb tepung beras
  • 5-6 ketul ayam
  • 8 batang serai | kisar kering sampai hancur
  • sedikit jintan manis & ketumbar | tumbuk halus
  • secubit garam

Bahan hampas serai berempah:

  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sb gula
  • 2 sb kari daging
  • 2 sb tepung jagung
  • secubit garam
  • Baki serai yang dikisar

Instructions
 

Cara Goreng Ayam Berempah Serai Sedap:

  • Kisar halus semua bahan kisar dengan sedikit air. Anggaran air, letak paras separuh bahan. Ketepikan. Ambil 2 sudu besar untuk campur ke dalam perapan ayam nanti.
  • Campurkan kesemua bahan untuk perapan ayam, kecuali serai. Gaul rata.
  • Ambil 2 sudu besar serai yang dah dikisar. Campurkan ke dalam bahan perapan.
  • Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati. Perap selama 30 minit
  • Selepas perap ayam, panaskan minyak dalam kuali.
  • Goreng ayam serta masukkan juga daun kari. Goreng guna api sederhana
  • Goreng hingga garing bertukar keemasan.
  • Kemudian angkat ayam dan tos.
  • Guna kuali yang sama, goreng bahan untuk hampas serai pula
  • Campurkan kesemua bahan hampas serai dalam bekas kosong.
  • Kemudian basahkan dengan sedikit air. Tak perlu terlalu banyak. Air sekadar cukup untuk buat lekatkan bahan hampas serai tu je. Gaul rata.
  • Masukkan sedikit demi sedikit goreng ke dalam kuali, beserta daun kari juga. Gaul2 dan hancur-hancurkan hampas masa goreng supaya tak terlalu tebal melekat masa digoreng.
  • Goreng sehingga garing keemasan. Angkat dan tos
  • Boleh hidang ayam bersama hampas serai berempah
Keyword ayam berempah rangup sedap, ayam goreng berempah serai