Go Back
resepi viral ayam masak bali

Resepi Ayam Masak Bali

Ayam masak bali ni kena ada rasa serai,daun kari, belacan, barulah terasa macam kat bali. Resepi ni sedap diratah macamtu saja.
Prep Time 30 mins
Cook Time 30 mins
Course Main Course
Cuisine Mediterranean

Ingredients
  

Bahan kisar:

  • 4 biji bawang besar
  • 8 biji bawang putih
  • 1 genggam cili kering | Potong 2, rebus,tos
  • 1/2 inci halia | tak letak pun takpa
  • sedikit belacan

Kisar semua bahan di atas dengan air paras separuh bahan tu. Bahan kisar tak termasuk serai dan daun kari tau.

    Bahan Masak Ayam Bali:

    • 1/2 ekor ayam
    • 1 sb serbuk kunyit
    • 2 sb kicap manis
    • 4 tangkai daun kari | ambil daunnya
    • 6 batang serai | ditumbuk
    • gula garam | secukup rasa

    Instructions
     

    Cara Masak Ayam Bali:

    • Lumurkan serbuk kunyit dan secubit garam pada ayam. Gaul rata
    • Panaskan minyak di dalam kuali.
    • Goreng ayam separuh masak
    • Angkat. Tos dan ketepikan.
    • Kemudian buang separuh minyak goreng tadi
    • Tumis serai ke dalam kuali goreng tadi hingga naik bau
    • Masukkan sekali daun kari. Masak sekejap sahaja.
    • Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam tumisan
    • Masak sehingga terbit minyak. Sekiranya kuah terlalu kering, tambahkan 1 cawan air
    • Kemudian letak garam,gula secukup rasa. Kicap manis masukkan sekali. Gaul rata
    • Masukkan pula ayam goreng ke dalam tumisan.
    • Gaul rata dan tunggu hingga kuah kering sedikit.
    • Boleh angkat untuk dihidang
    Keyword ayam masak bali azie, ayam masak bali sedap, resepi ayam masak bali