Go Back
resepi pajeri terung sedap

Resepi Pajeri Terung

Lauk pajeri sedap dimakan bersama nasi panas waktu berbuka puasa nanti.
Prep Time 15 mins
Cook Time 20 mins
Course Main Course
Servings 2 orang

Ingredients
  

Bahan-bahan utama

  • 6 Batang Terung | Belah 2
  • 1 Batang Cili Merah | Belah 2
  • 2 Inci Gula melaka | potong setebal 2 inci
  • 2 Kuntum Bunga Lawang
  • 4 Biji Buah Pelaga
  • 5 Tangkai Cengkih
  • 1 Batang Kayu Manis
  • 3 Sb Kari daging | campur sedikit air untuk dijadikan pes
  • 1 senduk nasi Kerisik
  • 1/2 Kotak Santan
  • Garam | secukup rasa

Bahan Kisar

  • 1 Biji Bawang merah | dipotong
  • 4 Biji Bawang Putih
  • 1 Genggam kecil Cili Kering
  • 1 Inci Halia

Instructions
 

Cara Masak Pajeri Terung

  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Tumis kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang.
  • Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam tumisan.
  • Masukkan juga pes kari daging. Gaul dan biar seketika.
  • Kemudian masukkan santan, gula melaka, kerisik dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
  • Akhir sekali masukkan terung & cili merah.
  • Tunggu sehingga terung masak dan boleh diangkat serta dihidang.