Go Back
ayam bakar madu

Ayam Bakar Madu Resepi Sedap Paling Mudah

Resepi ayam bakar madu ni sedap gila dan mudah sangat nak buat! Nak bakar ayam tak semestinya guna arang. Boleh je grill terus guna daun pisang.
Prep Time 15 mins
Cook Time 15 mins
Total Time 30 mins
Course Side Dish
Cuisine Mediterranean
Servings 2 orang

Ingredients
  

Bahan-bahannya:

  • 6-7 ketul ayam | bahagian peha dan kepak saiz kecil
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • 1 inci halia | ditumbuk
  • 3-4 biji bawang putih | ditumbuk
  • 1 sb madu asli

Instructions
 

Cara Bakar Ayam Madu:

  • Tumbuk bawang putih & halia
  • Lumurkan ke ayam
  • Masukkan juga sos tiram & kicap. Gaul rata
  • Alas daun pisang dalam kuali
  • Letak ayam atas daun pisang dan tutup daun pisang atasnya. Kemudian tutup kuali
  • Biarkan sampai bahan pada ayam kering dan ayam masak
  • Angkat dan gaul bersama madu
  • Siap untuk diratah makan dengan nasi putih panas!
Keyword ayam bakar madu, ayam madu, ayam madu lemon, resepi ayam madu sedap