Go Back
telur bungkus sedap

Resepi Telur bungkus Sedap

Senang sangat nak buat resepi telur bungkus ni. Isi dalam tu kena ada sayur campur dan ayam. Hasilnya memang lebih menyelerakan berbanding kedai makan
Prep Time 15 mins
Cook Time 15 mins
Total Time 30 mins
Course Main Course
Cuisine Mediterranean
Servings 2 orang

Ingredients
  

Bahan-bahannya:

  • 3 biji telur | kacau rata
  • 1 genggam sayur campur | carrot,kacang peas, jagung
  • 2 biji bawang putih | cincang halus
  • 1 biji bawang merah saiz kecil | potong dadu kecik
  • 1 batang cili merah | dihiris untuk hiasan
  • 1/2 biji tomato | potong dadu kecil
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb sos cili
  • sedikit ayam bahagian daging | cincang halus
  • sedikit daun bawang daun sup | potong2
  • sedikit black pepper
  • sedikit air

Instructions
 

Cara Masak Telur Bungkus:

  • Panaskan 1 sb minyak dalam kuali guna api kecil
  • Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
  • Masukkan ayam dan gaul hingga ayam masak
  • Kemudian masukkan sayur campur, daun sup, daun bawang, sos tiram, sos cili, black pepper, tomato. Gaul rata
  • Sekiranya nak inti berkuah tambahkan sedikit air. masak hingga kuahnya pekat sedikit
  • Kemudian perasakan dengan garam jika rasa kurang. Ataupun tambah sos tiram, sos cili. Adjust ikut rasa masing-masing.
  • Angkat dan asingkan dulu
  • Bersihkan kuali, letak sedikit minyak dan gerakkan kuali tu ke kiri dan kanan supaya minyak rata ke seluruh bahagian kuali . Ataupun boleh guna tisu dapur khas. Celup minyak sikit dan sapu ke seluruh kawasan kuali.
  • Pastikan api gas kecil
  • Kemudian masukkan telur yang dah dipukul rata awal tadi
  • Gerakkan kuali ke kiri, kanan atas bawah supaya saiz telur cukup besar dan mudah untuk dilipat nanti
  • Bila telur dah separa masak, letak inti sayur ayam tadi ke bahagian tengah telur dan ratakan
  • Lipat telur, tutup keseluruhan inti
  • Biar telur dah masak, warna coklat sikit, boleh angkat perlahan masuk ke dalam pinggan.
  • Siap!
Keyword resepi telur bungkus simple, telur bistik, telur bungkus sedap