Go Back
sambal udang petai

Resepi Sambal Petai Udang Sedap Dan Simple

Mama dengan adik hantu sambal udang letak petai. Dya masak untuk berbuka harini. Diorang lah duk perabis sampai licin. Cara nak masak sangat mudah simple
Prep Time 15 mins
Cook Time 25 mins
Total Time 30 mins
Course Main Course
Cuisine Mediterranean
Servings 4 orang

Ingredients
  

Bahan-bahannya:

  • 1/2 peket petai | dalam segenggam
  • 20 ekor udang | gunting hujung kepala dan kaki udang
  • 1 genggam lada kering | belah 2, basuh, rebus, tos **
  • 1 biji bawang besar **
  • 3 ulas bawang putih **
  • garam gula secukupnya
  • 1 sb sos cili | ikut citarasa
  • 1 inci asam jawa | larutkan asam jawa dengan air
  • 1 helai daun limau purut | sebagai hiasan

Instructions
 

Cara Masak:

  • Belah 2 petai, Rendam petai dalam air dan letak garam sikit. Bilas bersih & tos. Orang kata untuk keluarkan ulat kat petai kalau ada. Wallahualam. Dya buat aje. Hehe.
  • Kisar bahan bertanda ** dengan sedikit air. Kisar sampai lumat
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Anggaran dalam 1 senduk kecil
  • Tumis bahan kisar tadi sampai kering sedikit.
  • Kemudian masukkan air asam jawa, sos cili, garam, gula. Gaul rata.
  • Masukkan udang, masak hingga bertukar warna oren.
  • Last sekali masukkan petai. Tunggu sekejap hingga petai lembut sikit.
  • Kalau kuah sambal kurang, tambah air ke dalam masakan.
  • Kemudian, perasakan semula dengan sos cili, garam dan gula secukup rasa
  • Masak sambal hingga kuah kering sikit
  • Boleh angkat dan tabur hirisan daun limau purut untuk buat wangi bau sambal petai
Keyword resepi sambal udang, sambal udang petai, sambal udang petai sedap mudah