About

Tentang Blog Sedapfood

Sedapfood merupakan platform blog masakan online yang memaparkan resepi menggunakan bahan masak pilihan sihat.

Fokus blog adalah untuk menukar teknik dan bahan dalam masakan serta mengubah habit pemakanan ke arah yang lebih baik dan pilihan lebih sihat

Blog sedapfood.com sepenuhnya dimiliki oleh Syarikat:

SEDAP FOOD RECIPE PLT
201604003244 / LLP0009956-LGN
since 2016

Kami hanya beroperasi/berurusan jual beli menggunakan channel yang disenaraikan di bawah:

Senarai sosial media rasmi SEDAPFOOD:

  1. Telegram ASMRDHIA
  2. Telegram SEDAPFOOD
  3. Instagram
  4. FB Page
  5. FB Group
  6. Tiktok

Yang tiada dalam list kami, bukan milik kami dan sekiranya ingin berurusan belian produk SEDAPFOOD, hanya melalui channel/platform yang disenaraikan itu sahaja.

Sebarang urusan yang menggunakan nama sama/seakan-akan/menghampiri nama sedapfood selain dari senarai platform di atas bukan di bawah tanggungjawab & ianya di luar pengetahuan kami. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda berurusan dengan pihak selain dari pihak rasmi kami

Disclaimer/Penafian:

Untuk makluman, sedapfood akan mula berkongsi resepi masakan pilihan lebih sihat sahaja mulai 2022.

Tapi bukan makanan/masakan diet atau masakan yang membosankan seperti kebiasaan kita lihat di mana-mana.

Ianya lebih kepada penggunaan bahan-bahan pilihan lebih sihat, yang merangkumi beberapa jenis seperti makanan rendah kalori, resepi high protein, makanan tanpa gluten, bahan/resepi makanan lulus keto, masakan kampung serta makanan “real food” tanpa/kurang menggunakan bahan yang sudah diproses.

Resepi untuk tahun sebelum 2022 di blog ini, merupakan resepi biasa dibuat oleh masyarakat dan ianya tidak memfokuskan pada pilihan yang sihat

Sejak 2019, saya mula mengkaji tentang pemakanan pilihan lebih sihat (bukan makanan diet) dan tahun 2022 buat keputusan untuk berkongsi hanya resepi pilihan lebih sihat sahaja pada anda

Sekiranya anda terjumpa resepi masakan yang tidak menggunakan bahan masak pilihan sihat. Maafkan saya kerana ia merupakan artikel yang dibuat sebelum saya tahu tentang pemakanan yang betul. Iaitu artikel yang dibuat sebelum tahun 2022. Dan tak dapat di hapus dari blog kerana akan mengganggu prestasi blog ini.

Akan tetapi, suka untuk dimaklumkan, saya akan perbaharui kesemua artikel tersebut dengan menggunakan bahan masak pilihan sihat.

Dan perlu diingatkan bahawa, jika anda mempunyai masalah seperti allergy, ekzema, radang, gerd, anxiety, diabetes, 3 serangkai, dll. Dinasihatkan agar anda memilih pemakanan khas mengikut kondisi kesihatan masing-masing.

Anda boleh rujuk pada doktor-doktor pemakanan untuk menentukan makanan/bahan masakan apa yang boleh diguna dan diambil dalam pemakanan harian.

Tentang Pengasas Blog Sedapfood

Asmrdhia, pengasas sedapfood.com, adalah seorang wanita yang suka makan tapi cerewet/memilih, seorang bekas pesakit PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome), bekas pesakit CKD peringkat 3a (Chronic Kidney Disease), dan seorang usahawan produk perisa sihat.

Beliau berjaya menurunkan berat badan tanpa diet ketat, tekanan, atau senaman.

Beliau juga seorang wanita yang berjaya hamil setelah menukar tabiat makan dan bahan masakannya di rumah.

Beliau berjaya mengatasi PCOS dan CKD peringkat 3a dengan menjaga dirinya melalui makanan, vitamin, dan perubahan tabiat makan.

Ini dicapai dengan amalan masa makan yang betul {intermitten fasting}, mengambil makanan rendah karbohidrat, tinggi protein, makanan tinggi lemak sihat , makanan rendah GI, dan makanan bebas gluten.

Kini, tiada lagi masalah PCOS, fungsi buah pinggangnya kembali normal, dan update terkini beliau sudahpun selamat melahirkan anak kedua pada tahun 2023.

Sasaran pengasas adalah terus memberi manfaat ilmu dan info kepada rakyat Malaysia agar sama-sama berusaha mengubah habit dan lifestyle pemakanan harian TANPA DIET MELAMPAU & TANPA STRESS MAHUPUN KEBOSANAN.