About

Sedapfood merupakan platform blog masakan online yang memaparkan pelbagai resepi semasa yang dibuat oleh para ibu, remaja, isteri dan mereka yang minat memasak tak kira jantina lelaki mahupun wanita.

Disclaimer/Penafian:

Untuk makluman, sedapfood akan mula berkongsi resepi masakan pilihan lebih sihat sahaja mulai 2022.

Tapi bukan makanan/masakan diet atau masakan yang membosankan seperti kebiasaan kita lihat di mana-mana.

Ianya lebih kepada penggunaan bahan-bahan pilihan lebih sihat, yang merangkumi beberapa jenis seperti makanan rendah kalori, resepi high protein, makanan tanpa gluten, bahan/resepi makanan lulus keto, masakan kampung serta makanan “real food” tanpa/kurang menggunakan bahan yang sudah diproses.

Sejak 2019, saya mula mengkaji tentang pemakanan pilihan lebih sihat (bukan makanan diet) dan tahun 2022 buat keputusan untuk berkongsi hanya resepi pilihan lebih sihat sahaja pada anda

Resepi untuk tahun sebelum 2022 di blog ini, merupakan resepi biasa dibuat oleh masyarakat dan ianya tidak memfokuskan pada pilihan yang sihat

Dan perlu diingatkan bahawa, jika anda mempunyai masalah seperti allergy, ekzema, radang, gerd, anxiety, diabetes, 3 serangkai, dll. Dinasihatkan agar anda memilih pemakanan khas mengikut kondisi kesihatan masing-masing.

Anda boleh rujuk pada doktor-doktor pemakanan untuk menentukan makanan/bahan masakan apa yang boleh diguna dan diambil dalam pemakanan harian.