Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
biskut suji susu

Resepi Biskut Suji Brunei Susu Nestum


5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star

No reviews

  • Total Time: 25 minutes
  • Yield: 170 biji 1x

Description

Resepi ni alhamdulillah menjadi dan sedap sangat.


Ingredients

Units Scale

Bahan Utama Biskut Suji Brunei:

  • 370 gram Tepung Gandum
  • 200 gram Minyak Sapi
  • 100 gram Shortening (| lemak sayuran)
  • 100 gram Cornflakes (| Kisar halus)
  • 180 gram Gula (| Kisar halus)
  • 1 Biji Kuning telur
  • 80 gram Tepung Jagung
  • 80 gram Tepung Suji (| @semolina)

Bahan Salut Biskut Suji Susu Nestum:

  • 3/4 cawan Nestum (| Kisar halus)
  • 1/4 cawan Susu Tepung
  • 1 Camca besar Gula aising (| Tak letak pun takpe)

Instructions

Cara Bakar Biskut Suji Brunei:

  1. Putarkan minyak sapi, lemak sayuran dan gula halus sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan kuning telur. Kacau rata.
  3. Masukkan tepung jagung, tepung suji dan tepung gandum, cornflakes kisar sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan tak melekat kat tangan.
  4. Boleh asingkan doh kepada beberapa bahagian & titikkan setengah penutup pewarna ke doh berlainan. Kalau taknak letak pewarna pun boleh.
  5. Jika letak pewarna, gaulkan doh dan pewarna hingga rata dan sebati.
  6. Gentel doh sebesar suku saiz ibu jari. Jangan gentel besar sangat sebab nanti biskut akan mengembang sedikit masa dibakar.
  7. Susun biskut atas dulang pembakar dan masukkan dalam oven.
  8. Bakar dengan suhu 170˚ selama 25 minit. Suhu ikut kesesuaian oven masing-masing.
  9. Dah siap bakar, angkat dan biarkan biskut suji sejuk sikit.
  10. Kemudian golekkan biskut suji ke dalam adunan bahan salut yang dah dicampur.
  11. Boleh susun dalam cup saiz kecil dan masukkan ke dalam balang kedap udara.

Notes

Tips biskut suji nampak cantik:

Pastikan masa gentel tu jangan besar sangat. Nanti tak muat masuk cup kertas. Hihi.

 

  • Cook Time: 25 minutes
  • Category: Snack