Resepi Confirm Jadi Biskut Suji Brunei Guna Susu Dan Nestum

Setiap tahun pergi beraya rumah sedara mara, suami selalu duk ulang “biskut suji susu ni feveret abang dari dulu. Sedap sangat”.

biskut suji susu nestum

Tapi tahun ke tahun, memang suami akan makan biskut suji kat rumah sedara.

Masa tu tak terlintas langsung nak buatkan biskut suji brunei untuk si dia. 

Kita ni jenis pemalas nak buat kuih raya. Paling-paling pun beli kuih tunjuk.

Tapi kebanyakan kuih tunjuk rasa kurang memuaskan hati. Mungkin sebab bahan yang digunakan berbeza.

Terasa lagi puas dan sedap bila beli biskut raya sendiri. Herher.

Tahun ni, kan Dya terdetik nak buat kuih raya. Biskut raya pertama Dya buat cornflakes madu yang tak melekat kat cup tu ha.

Resepi Biskut Suji Brunei Letak Nestum Dan Susu Sedap Sangat

Kuih raya kedua, Dya buat biskut suji brunei yang guna nestum dengan susu tepung. Hihi. 

biskut suji brunei

Dya bila dah start buat kuih raya, resepi akan rujuk kat sumber yang boleh dipercayai je. Sebab, kadang tu ada orang bagi resepi tapi bila kita buat tak menjadi. Kan?

So far, alhamdulillah biskut corflakes madu dan suji brunei ni menjadi & sedap sangat-sangat!

biskut suji

Tq kepada mereka yang share resepi. Hihi.

Jom tengok resepi kat bawah. Nak print pun boleh.

Resepi Biskut Suji Brunei Susu Nestum

Resepi ni alhamdulillah menjadi dan sedap sangat.
Cook Time25 mins
Course: Snack
Keyword: biskut suji, biskut suji brunei, biskut suji susu
Servings: 170 biji
Cost: 20

Equipment

  • Oven
  • Penimbang
  • Cawan

Ingredients

Bahan Utama Biskut Suji Brunei:

  • 370 gram Tepung Gandum
  • 200 gram Minyak Sapi
  • 100 gram Shortening | lemak sayuran
  • 100 gram Cornflakes | Kisar halus
  • 180 gram Gula | Kisar halus
  • 1 Biji Kuning telur
  • 80 gram Tepung Jagung
  • 80 Gram Tepung Suji | @semolina

Bahan Salut Biskut Suji Susu Nestum:

  • 3/4 cawan Nestum | Kisar halus
  • 1/4 cawan Susu Tepung
  • 1 Camca besar Gula aising | Tak letak pun takpe

Instructions

Cara Bakar Biskut Suji Brunei:

  • Putarkan minyak sapi, lemak sayuran dan gula halus sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan kuning telur. Kacau rata.
  • Masukkan tepung jagung, tepung suji dan tepung gandum, cornflakes kisar sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan tak melekat kat tangan.
  • Boleh asingkan doh kepada beberapa bahagian & titikkan setengah penutup pewarna ke doh berlainan. Kalau taknak letak pewarna pun boleh.
  • Jika letak pewarna, gaulkan doh dan pewarna hingga rata dan sebati.
  • Gentel doh sebesar suku saiz ibu jari. Jangan gentel besar sangat sebab nanti biskut akan mengembang sedikit masa dibakar.
  • Susun biskut atas dulang pembakar dan masukkan dalam oven.
  • Bakar dengan suhu 170˚ selama 25 minit. Suhu ikut kesesuaian oven masing-masing.
  • Dah siap bakar, angkat dan biarkan biskut suji sejuk sikit.
  • Kemudian golekkan biskut suji ke dalam adunan bahan salut yang dah dicampur.
  • Boleh susun dalam cup saiz kecil dan masukkan ke dalam balang kedap udara.

Notes

Tips biskut suji nampak cantik:
Pastikan masa gentel tu jangan besar sangat. Nanti tak muat masuk cup kertas. Hihi.
 

Resepi ni Dya dapat buat 170 biji. Tapi bergantung jugak dengan saiz gentelan masing-masing. 

Kalau korang gentel besar, dapat sikit je nanti. Hihi.

Suami kerja malam, jadi dia belum lagi merasa biskut suji brunei hasil tangan bini dia nih.

Cornflakes madu haritu reaksi dia nampak teruja dan cakap “sedap gila cornflakes ni”.

Biskut Suji Brunei ni dijamin dia akan suruh bini buat tiap tahun lepasni. Haha!

Kalau nak tengok resepi dalam bentuk gambar camana rupa dia, korang boleh terus klik ke FB bawah ni, Dya ada share kat sana:

Admin rasa kalau jual laku kerasss sebab sedap!…Bahan Resepi Biskut Suji Brunei:370gm Tepung gandum (tak letak…

Posted by Cha KuehKoci on Sunday, May 26, 2019

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi suji brunei
  • biskut suji brunei
  • cara buat suji susu sedap

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment