Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
Inti Tart nenas sedap

Resepi Inti Tart Nenas Guna 5 Bahan


  • Author: dhia
  • Total Time: 0 hours
  • Diet: Gluten Free

Ingredients

Scale

Bahan-bahan buat Inti Tart Nenas:

  • 1 biji nenas madu | disagat
  • 34 tangkai cengkih
  • 1 batang kecil kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • Gula kelapa secukup rasa


Instructions

Cara Masak Inti:

  1. Sagat nenas madu. Saya guna food processor sebab lebih cepat siap dalam seminit dah selesai sagat. Dan tak perlu nak kisar dua kali untuk dapatkan tekstur cantik. Sekali sagat saja dah cukup cantik tekstur inti tart tu nanti
  2. Masukkan nenas yang dah disagat dalam kuali. Masukkan sekali pandan, cengkih dan kayu manis. Saya guna periuk jenis non stick. Mudah sebab tak perlu nak gaul kerap berbanding kuali biasa. Kuali biasa nanti intinya hangus kalau kita tak tengok dan kawal.
  3. Bila inti dah kering sikit, masukkan gula kelapa. Kuantiti ikut manis yang kita suka. Bagusnya gula kelapa ni, GI rendah berbanding gula putih mahupun orcs. Cumanya nanti inti akan jadi warna gelap sedikitlah
  4. Saya masak sampai air pada inti tart kering dan berkilat.
  5. Tunggu sejuk sekejap, baru lah bentukkan inti tart dan simpan dalam peti ais untuk tahan lama
  6. Tapi, lepas je inti sejuk, saya terus buat Tart nenas gluten free. Hehe. Takda simpan-simpan. Terus buat dan makan panas-panas.

  • Prep Time: 20 Minit
  • Cook Time: 15 Minit
  • Category: Biskut Raya
  • Cuisine: Malaysia

Nutrition

  • Serving Size: 58 Ketul

Keywords: tart nenas simple, inti tart nenas, resipi tart nenas