Inti Tart Nenas Pilihan Sihat Guna 5 Bahan

Saya lebih suka buat sendiri resepi inti tart nenas homemade sebab ianya pilihan lebih sihat.

Banyak inti tart nenas readymade dijual kat luar. Tapi, manisnya terlalu berlebihan dan yang memburukkan situasi lagi bila mana bahan yang digunakan ada gula putih.

Jadi, baik kita buat sendiri sahaja kat rumah guna 5 bahan.

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
Inti Tart nenas sedap

Resepi Inti Tart Nenas Guna 5 Bahan


  • Author: dhia
  • Total Time: 0 hours
  • Diet: Gluten Free

Ingredients

Scale

Bahan-bahan buat Inti Tart Nenas:

  • 1 biji nenas madu | disagat
  • 34 tangkai cengkih
  • 1 batang kecil kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • Gula kelapa secukup rasa


Instructions

Cara Masak Inti:

  1. Sagat nenas madu. Saya guna food processor sebab lebih cepat siap dalam seminit dah selesai sagat. Dan tak perlu nak kisar dua kali untuk dapatkan tekstur cantik. Sekali sagat saja dah cukup cantik tekstur inti tart tu nanti
  2. Masukkan nenas yang dah disagat dalam kuali. Masukkan sekali pandan, cengkih dan kayu manis. Saya guna periuk jenis non stick. Mudah sebab tak perlu nak gaul kerap berbanding kuali biasa. Kuali biasa nanti intinya hangus kalau kita tak tengok dan kawal.
  3. Bila inti dah kering sikit, masukkan gula kelapa. Kuantiti ikut manis yang kita suka. Bagusnya gula kelapa ni, GI rendah berbanding gula putih mahupun orcs. Cumanya nanti inti akan jadi warna gelap sedikitlah
  4. Saya masak sampai air pada inti tart kering dan berkilat.
  5. Tunggu sejuk sekejap, baru lah bentukkan inti tart dan simpan dalam peti ais untuk tahan lama
  6. Tapi, lepas je inti sejuk, saya terus buat Tart nenas gluten free. Hehe. Takda simpan-simpan. Terus buat dan makan panas-panas.

  • Prep Time: 20 Minit
  • Cook Time: 15 Minit
  • Category: Biskut Raya
  • Cuisine: Malaysia

Nutrition

  • Serving Size: 58 Ketul

Keywords: tart nenas simple, inti tart nenas, resipi tart nenas

Inti Tart Versi Homemade

Bila buat sendiri, kita dapat kawal tahap kemanisan inti tart tu. Dan juga kawal bahan apa yang kita guna.

Tiada pewarna tambahan, tiada pengawet, tiada gula putih yang memudaratkan

Resepi ni dapat inti dalam 58 biji tart nenas bersaiz sederhana

Boleh tengok kat sini Resepi Tart Nenas Gluten Free yang terbaru.

Ada bahan yang saya dah ubahsuai ikut citarasa manis yang saya gemar.

VIDEO penuh cara masak inti tart nenas gluten free

@asmrdhia

Tahun ni repeat buat tart nenas #glutenfree lagi Bahan Inti tart nenas: 🍍1 biji nenas madu 🍍1 helai pandan 🍍1 batang kayu manis 🍍3-4 tangkai cengkih 🍍Gula kelapa secukupnya Inti tart ni warna coklat seperti gula kelapa. kalau nak warna kuning macam nenas, boleh ganti gula yang lulus keto ataupun gula orcs cumanya gula orcs ni GI tinggi sikitlah. Bau inti tart ni harum sangat. Resepi doh biskut tart tu saya ada letak kat bio tele me sedapfoodrecipe ✅Gluten free ✅Gebu ✅Mengenyangkan #tiktokfood #easyrecipe #tartnenas

♬ L’Amour, Les Baguettes, Paris – Stella Jang

Baca Juga: Resepi Ayam Merah Untuk Kenduri

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • Tart nenas gebu
  • Resepi jem nenas
  • Bahan membuat jem nenas

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star