Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
pak choi tiram

Resepi Masak Tumis Pak Choy Sos Tiram


  • Total Time: 8 minutes
  • Yield: 2 orang 1x

Description

Senang sangat nak tumis pak choy sos tiram. Perlu ada air bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah sayur. Celur sayur tu sekejap saja untuk jaga kualiti


Ingredients

Scale

Bahan-bahannya:

  • 5 ulas bawang putih (| cincang halus)
  • 2 pokok sayur pak choy ( celur seketika)
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb minyak masak
  • sedikit bancuhan air tepung jagung (| dalam 1/2 sb tepung jagung campur air, untuk pekatkan kuah)
  • sedikit air

Instructions

  1. Celur sayur di dalam air panas seketika. Jangan terlampau lama nanti sayur hilang khasiat dan layu.
  2. Angkat, bilas bawah air mengalir, tos dan susun atas pinggan.
  3. Panaskan minyak di dalam kualiTumis bawang putih sehingga naik bau.
  4. Angkat dan tos minyak.
  5. Kemudian susun bawang putih tu atas sayur pak choy.
  6. Guna kuali yang sama, masukkan sedikit air untuk jadikan kuah tumis. Jangan terlalu banyak. Agak-agak sahaja.
  7. Masukkan juga sos tiram sebagai perasa sayur pak choy. Gaul rata
  8. Tak perlu letak garam sebab sos tiram dah masin dan berlemak. Sekiranya terlampau masin, tambahkan sedikit gula dan adjust dengan air. Sekiranya kurang rasa, tambahkan lagi sos tiram. Dalam resepi ni Dya hanya guna sos tiram sahaja
  9. Last sekali, masukkan air bancuhan tepung jagung ke dalam tumisan. Tujuannya untuk pekatkan kuah.
  10. Kemudian boleh tuang kuah sos tiram atas sayur yang dah dicelur awal tadi.
  11. Boleh hidang
  • Prep Time: 5 minutes
  • Cook Time: 3 minutes
  • Category: Salad
  • Cuisine: Mediterranean

Keywords: bok choy saus tiram, pak choy tiram, resepi pak choi tiram