Resepi Masak Tumis Pak Choy Sos Tiram

Klik di bawah untuk dapatkan resepi percuma

Terliur pulak tengok lauk sayur pak choy sos tiram kat instagram haritu.

Pak Choi sos tiram

Masakannya simple sangat. Tak guna banyak bahan dan rencah.

Cukup dengan guna sos tiram, sayur, bawang putih.

Senang kan?

Jom kita masak.

Pak Choy Tumis Sos Tiram

Bahan-bahannya:

  • 5 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sb sos tiram
  • 2 pokok sayur pakchoy | celur seketika
  • Sedikit air
  • 1 sb minyak untuk tumis
  • sedikit bancuhan air tepung jagung | | dalam 1/2 sb tepung jagung campur air, untuk pekatkan kuah

Cara Masak:

  1. Celur sayur di dalam air panas seketika. Jangan terlampau lama nanti sayur hilang khasiat dan layu.
  2. Angkat, bilas bawah air mengalir, tos dan susun atas pinggan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali
  4. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Angkat dan tos minyak.
  5. Kemudian susun bawang putih tu atas sayur pak choy.
  6. Guna kuali yang sama, masukkan sedikit air untuk jadikan kuah tumis. Jangan terlalu banyak. Agak-agak sahaja.
  7. Masukkan juga sos tiram sebagai perasa sayur pak choy. Gaul rata
  8. Tak perlu letak garam sebab sos tiram dah masin dan berlemak.
  9. Sekiranya terlampau masin, tambahkan sedikit gula dan adjust dengan air. Sekiranya kurang rasa, tambahkan lagi sos tiram. Dalam resepi ni Dya hanya guna sos tiram sahaja
  10. Last sekali, masukkan air bancuhan tepung jagung ke dalam tumisan. Tujuannya untuk pekatkan kuah.
  11. Kemudian boleh tuang kuah sos tiram atas sayur yang dah dicelur awal tadi.
  12. Boleh hidang

Kalau nak hiasan tambahan, boleh tambah hirisan cili merah serta bawang goreng, tabur atas sayur masing-masing.

Masakan ni sesuai sangat untuk yang bujang, dan yang nak cepat siap masak.

Capcuss! Terus siap depan mata, siap untuk diratah dengan nasi putih panas. Hehe.

Lepasni kita masak Petola Ular Berempah Okay?

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi pak choi sos tiram
  • pak choy tiram
  • bok choy saus tiram

Print resepi di bawah:

pak choi tiram

Resepi Masak Tumis Pak Choy Sos Tiram

Senang sangat nak tumis pak choy sos tiram. Perlu ada air bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah sayur. Celur sayur tu sekejap saja untuk jaga kualiti
Prep Time 5 mins
Cook Time 3 mins
Total Time 8 mins
Course Salad
Cuisine Mediterranean
Servings 2 orang

Ingredients
  

Bahan-bahannya:

  • 5 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 pokok sayur pak choy celur seketika
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb minyak masak
  • sedikit bancuhan air tepung jagung | dalam 1/2 sb tepung jagung campur air, untuk pekatkan kuah
  • sedikit air

Instructions
 

  • Celur sayur di dalam air panas seketika. Jangan terlampau lama nanti sayur hilang khasiat dan layu.
  • Angkat, bilas bawah air mengalir, tos dan susun atas pinggan.
  • Panaskan minyak di dalam kualiTumis bawang putih sehingga naik bau.
  • Angkat dan tos minyak.
  • Kemudian susun bawang putih tu atas sayur pak choy.
  • Guna kuali yang sama, masukkan sedikit air untuk jadikan kuah tumis. Jangan terlalu banyak. Agak-agak sahaja.
  • Masukkan juga sos tiram sebagai perasa sayur pak choy. Gaul rata
  • Tak perlu letak garam sebab sos tiram dah masin dan berlemak. Sekiranya terlampau masin, tambahkan sedikit gula dan adjust dengan air. Sekiranya kurang rasa, tambahkan lagi sos tiram. Dalam resepi ni Dya hanya guna sos tiram sahaja
  • Last sekali, masukkan air bancuhan tepung jagung ke dalam tumisan. Tujuannya untuk pekatkan kuah.
  • Kemudian boleh tuang kuah sos tiram atas sayur yang dah dicelur awal tadi.
  • Boleh hidang
Keyword bok choy saus tiram, pak choy tiram, resepi pak choi tiram

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment