Resepi Sayur Pak Choy Chinese Style Mudah

Hai. Selamat petang dan sewaktu dengannya.( masa sis tulis blog ni petang. So kalau korang baca ni pagi sis ucap selamat pagi kalau baca tengahari selamat tengahari ).

Rata yang baca artikel ni mesti pencinta sayur kan? Actually sayur memang bagus untuk kita. Tinggi serat dan vitamin dan yang lebih menguntungkan sekiranya kita ni tak suka minum susu, sis suggest perbanyakkanlah makan sayur hijau.

Sebab sayur hijau juga merupakan sumber kalsium. Banyak kebaikan sayur ini. Apabila serat cukup, sistem penghadaman juga lancar.

Bila sistem penghadaman dan sistem perkumuhan lancar maka toksin-toksin dari badan pun senang dikeluarkan. Justeru itu membantu kita untuk mendapatkan kulit dan tubuh badan yang sihat.

Okay da jauh sangat rasanya sis membebel. So resepinya seperti di bawah ye.

Resepi Sayur Pak Choy Chinese Style Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Sayur pak choy 2 ikat
  2. telur putih 1 biji
  3. bawang putih dimayang halus
  4. minyak untuk menumis
  5. tepung jagung 1 sudu kecil
  6. air 1 cawan

Mula-mula panaskan kuali. Isi minyak dalam kuantiti yang sesuai untuk menumis. Biasanya makan chinese style ni sihat, so faham-faham la kalau da sihat minyak mestilah kurang.

Bila minyak dah panas, tumis bawang putih yang telah dimayang sehingga naik bau. Sis suka, lagi banyak bawang putih lagi sis suka sebab sis suka bawang putih.

Bawang putih ni banyak kebaikannya. Pendek kata semua yang dari Allah tu memang masing-masing mempunyai kelebihannya.

Setelah bawang putih naik bau dan kekuning-kuningan masukkan secawan air ke dalam kuali.. biar sampai air dalam kuali itu menggelegak.

Langkah seterusnya ni menguji tahap kemahiran korang dalam bidang masakan.😂😂😂 Tak la sis gurau je. Masukkan telur putih kemudian kacau denga laju supaya taklah telur tu berketul besar-besar.

Step akhir masukkan sayur. Pastikan sayur dimasuk selepas telur dikacau. Jangan masukkan sekali dengan telur nanti telur tu melekat dekat sayur. Tunggu sehingga sayur layu sedikit. Kemudian tutup api.

sudah siap dihidangkan. Selamat menjamu selera.

Jom cuba resepi ni pulak Cara Buat Burger Daging Telur Goyang

CARIAN YANG BERKAITAN: 

  • Resepi mudah siew pak choy
  • cara masak sayur siew pak choy
  • Sayur pak choy chinese style

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

che suraya

Superwoman.. i will do anything i want as long as it's not burden me or anyone else..

Latest posts by che suraya (see all)

Add Comment